NAMA: MUHAMMAD ARIF AMSYAR BIN MOHD AZAHAR
TAHUN: T2S1.04
STATUS: PELAJAR
NEGERI KELAHIRAN: TERENGGANU
CERITA RINGKAS:Â
Boleh panggil Ustaz Amsyar. Ustaz baru sahaja menamatkan pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam bidang Pendidikan Islam. Alhamdulillah, tahun ini ustaz diberi peluang oleh Allah untuk memulakan tugas sebagai guru di sekolah ini.
Ustaz berasal dari Terengganu dan memang sejak kecil sangat minat dengan bidang agama dan pendidikan. Semasa di IPG, ustaz banyak belajar tentang cara mengajar dengan menyeronokkan, termasuk menggunakan aktiviti, lagu dan cerita supaya murid lebih mudah faham dan minat belajar.
Walaupun ustaz masih baru dalam dunia perguruan, ustaz berjanji akan berusaha menjadi guru yang sabar, adil dan penyayang. Ustaz juga nak kita semua belajar bersama-sama, bukan sahaja tentang ilmu agama tetapi juga tentang adab, nilai dan akhlak mulia.
Akhir sekali, ustaz harap kita semua dapat bekerjasama dan saling menghormati supaya suasana kelas kita sentiasa ceria dan diberkati Allah.
Terima kasih dan selamat berkenalan!