PASTI AR-RAYYAN
53A JALAN PERDANA 9/3 BANDAR PERDANA 08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARULAMAN
53A JALAN PERDANA 9/3 BANDAR PERDANA 08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARULAMAN
Assalamualaikum kepada semua penderma budiman,
Jom sama-sama ambil peluang Infaq Fisabilillah dengan Amal Jariah Infaq untuk membantu pengurusan sekolah Pasti Ar Rayyan Bdr. Perdana Sungai Petani mendapatkan bangunan tetap untuk anak-anak generasi Al Quran ini meneruskan pengajian dan juga keselesaan pada guru-guru Pasti yang sangat ikhlas mendidik anak-anak kita dengan gaji ala kadar kalau diukur dengan bebanan amanah yang dipikul oleh guru-guru yang jauh dari mencukupi untuk hidup di bandar. Di sini terdapat lebih 50 pelajar anak-anak Pasti dan 4 orang guru.
Pihak pengurusan amat prihatin dengan mereka demi kelangsungan pendidikan anak-anak Tunas Islam dan juga guru-guru.
Kami dengan itu merayu kepada yang mereka yang mempunyai rezeki yang lapang untuk membantu kami dengan sekadar kemampuan untuk kami menambah segala kekurangan dana untuk pembelajaran Pasti Ar Rayyan Bdr. Perdana Sungai Petani.
Sehingga kini Pasti Ar Rayyan masih lagi menyewa sebuah rumah yang kosnya juga agak besar menambahkan lagi kekangan kewangan yang membuatkan pengurusan bercadang untuk mendapatkan premis kekal.
Walaupun serendah sepuluh ringgit kami berbesar hati semoga Allah sahaja yang dapat membalas kemurahan tuan/puan semua.
No Akaun rasmi Tadika Pasti Ar Rayyan Bdr. Perdana Sungai Petani.
BIMB 02020010083195
No tel untuk dihubungi: 018-4602263 @
atau
Klik untuk Derma JihadKu di sini !
Definisi Wakaf (Sumber maklumat MAIDAM)
Syarat Dah Wakaf
Pertama : Harta atau aset yang diwakafkan itu benda yang tertentu (ta’ayin) dan boleh dimanfaatkn, juga harta atau aset itu hak milik pewakaf.
Kedua : Hendaklah diwakafkan untuk pihak-pihak yang boleh didapati selama-lamanya seperti Faqir / Miskin atau masjid-masjid.
Ketiga : Wakaf itu bukan untuk perkara larangan syarak.
Keempat : Hendaklah dijelaskan halatuju wakaf (mauquf ’alaih).
Kelima : Wakaf itu hendaklah terlaksana serta merta (tanpa ta’lik atau gantungan).
Keenam : Beriltizam atau berkuatkuasa terus menerus (tanpa berdolak-dalik), ertinya tidak ada rasa pilihan / syarat bagi diri pewakaf pada mengekalkan wakafnya atau tidak ingin merujuk semula dari wakafnya itu.
Penjelasan tentang pendapat fuqaha’ mengenai harta-harta yang diwakafkan:
Bahawa adalah sah diwakafkan harta tak alih.
Bahawa adalah sah di sisi Jumhur Ulama’ selain dari Malikiah mewakafkan harta-harta alih seperti alat kelengkapan masjid, lampu-lampu, tikar atau permaidani serta tunai kerana Jumhur Ulama’ tidak mensyaratkan kesahihan wakaf itu “mesti tahan selama-lamanya”.
Bahawa adalah sah di sisi Jumhur Ulama’ selain dari Malikiah mewakafkan harta (berkongsi) yang tidak menerima pecah bahagian- seperti satu bahagian dari beberapa buah kereta yang dibeli secara berkongsi.
Tujuan Dana dikutip
Tujuan utama dana dikumpulkan adalah untuk membiayai kos perbelanjaan bulanan sekolah PASTI . Antara kosnya seperti berikut:
Sewa bangunan sebagai sekolah
Pembiaayaan maintenan kelas dan bil utiliti,
Pemberian elaun guru-guru Pasti
Pembiayaan mendapatkan bangunan sekolah Pasti sendiri.
Ganjaran Infaq Harta Di Jalan Allah
Di dalam al-Quran menyebut ganjaran secara umum bagi setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah termasuk berwakaf, sepertimana di dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud “ Perumpamaan bagi orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
Di dalam hadis pula, daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah telah bersabda “Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya". (HR Muslim)
Hadis ini memberi gambaran kelebihan ciri-ciri berwakaf walaupun secara zahir perkataan ‘wakaf’ tidak di sebut, tetapi para ulama mengatakan berwakaf termasuk didalam maksud sedekah jariah
Hikmah Berwakaf
Tahukah anda, apakah hikmah atau manfaat yang akan diperolehi bagi mereka yang berwakaf? Apakah sesuatu yang diwakafkan memiliki manfaat bagi pewakaf? Atau apakah harta yang akan diwakafkan hilang sia-sia begitu saja?
Berikut adalah hikmah berwakaf :
Melatih jiwa sosial dan membantu yang kesulitan
Menyedari bahawa harta benda di dunia ini tidak kekal
Amalan tidak terputus pahala
Mengeratkan tali persaudaraan dan mencegah ketidakseimbangan sosial
Mendorong pembangunan negara
Mudah-Mudahan setiap sumbangan yang kita berikan akan menjadi pemberat timbangan dan menyelamatkan kita dari siksa neraka insyaAllah.
Ayuh kita bantu rumah Allah ini. Mungkin kecil yang kita berikan, suatu hari nanti menjadi begitu besar di sisi Allah seterusnya menyelamatkan kita dari siksaan-Nya