Makluman sesi pendaftaran murid Pasti Ar Raihan
20 Dis 2025
9.00 pagi
Pasti Ar Raihan Lubok Batu
👉🏻 https://maps.app.goo.gl/86Gh7ShXdCxiE6ZCA
Dokumen yang perlu dibawa :
👉🏻Salinan surat beranak
👉🏻Salinan mykid
👉🏻Gambar pasport (1)
👉🏻Rekod Imunisasi
TIADA SEBARANG BAYARAN DI BUAT SEMASA MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN BAGI MEMUDAHKAN URUSAN GURU
Hari pertama persekolahan pada 12 januari 2026 ( Isnin )
Pihak Pasti akan memaklumkan kepada ibubapa penjaga sekiranya pakaian telah sampai dan ibu bapa penjaga diminta untuk mengambil perbekalan mengikut masa yang akan di beritahu.
Pakaian rasmi harian Pasti Ar Raihan
Isnin - Uniform hijau kuning
Selasa - Uniform hijau kuning
Rabu - T-shirt hijau hitam
Khamis - Uniform hijau kuning
Jumaat - T-shirt Maroon
Pakaian yang diperolehi akan di cop nama murid pasti agar tidak berlaku pertukaran dan kesilapan dikalangan murid.
Bagi murid pakej B dan C sila bawa peralatan berikut bagi tujuan urusan diri :
baju salinan ( seluar panjang / tudung - perempuan ) - Munutup aurat
kain tuala
bantal
Lapit tidur / tilam kecil - jangan besar
Bagi urusan mandi dan sebagainya akan dibantu oleh pembantu am Pasti.
Pakej A
RM 110
Pakej B
RM 180
Pakej C
RM 240
Pakej D
RM 190
Pakej E
RM 90
Pakej F
RM 100
Digalakkan membayar secara on line Bank In ke Akaun Bank Rakyat Pasti Ar Raihan ( maklum pada guru kelas masing-masing )
Sekiranya bayaran dibuat secara tunai, sila buat bayaran pada guru bertugas.
Sila buat bayaran yuran pada awal bulan setiap bulan.
Buku teks akan diserahkan pada murid selepas minggu orentasi.
Murid akan menggunakan modul yang disediakan sepanjang 2 minggu tempoh orentasi.
Pasti akan dibukan seawal jam 7.00 am setiap pagi ( isnin - jumaat )
Waktu pembelajaran bermula jam 8.00 pagi.
Ibu bapa diminta mengambil anak mengikut waktu yang di tetapkan
Pakej A pulang jam 12.30 pm ( jumaat 11.30 pm )
Pakej B pulang jam 3.30 pm
Pakej C pulang jam 5.30 pm
Bagi pakej selain A akan diadakan kelas petang
Fokus membaca, menulis dan mengira ( 3M )
Bacaan buku Pra Tahfiz / Iqra'
Sekiranya ibu bapa penjaga ambil lewat dari waktu pakej yang diambil, akan dikenakan cas tambahan selepas setengah jap dengan kadar setengah jam RM5 dan hendaklah di bayar terus kepada guru yang bertugas pada hari yang sama secara tunai
Pakej A ( 30 minit waktu pertama tidak dikira) cas akan bermula selepas jam 1.00 pm akan dikenakan RM5
Pakej B ambil selepas jam 3.30 ptg terus dikenakan cas guru menunggu lebih masa ( kadar 30 minit = RM5)
Pakej C ambil selepas jam 5.30 ptg terus dikenakan cas guru menunggu lebih masa ( kadar 30 minit = RM5)
Di minta semua ibu bapa penjaga menghantar anak di pintu masuk Pasti yang akan di sambut oleh guru.
Sekiranya orang lain yang mengambil anak di waktu balik, sila maklum pada guru kelas anak bagi tujuan keselamatan.
Makanan akan disediakan mengikut pakej yang diambil
Pakej A
Minum pagi sahaja
Pakej B
Minum pagi
Makan tengahhari
Pakej C
Minum pagi
Makan tengahhari
Minum petang