PENGENALAN RINGKAS
Pertubuhan ini dikenali sebagai PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-QARI (PASRIQ). Ia didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Malaysia pada 8 Mei 2019 di bawah no. pendaftaran PPM-010-03-08052019.
ALAMAT BERDAFTAR DAN SURAT-MENYURAT :
SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-QARI LOT 2019, JALAN PASIR PUTIH, DEPAN
ISTANA NEGERI, KUBANG KERIAN
16150 KOTA BHARU
KELANTAN
TUJUAN / MATLAMAT :
(1) Untuk menyatukan ahli-ahli dan menanam semangat dayausaha, pemikiran sihat, hasrat dan cita-cita yang jitu dan kental serta mempunyai sifat-sifat rohaniah dan jasmaniah, dunia dan akhirat mereka.
(2) Menyediakan peluang bagi perkembangan motivasi ahli dan masyarakat seperti menganjurkan kursus, seminar, latihan dan lain-lain bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
(3) Untuk merancang, melaksanakan dan menilai program dan aktiviti ahli termasuk bekerjasama atau bergabung dengan persatuan lain yang mempunyai tujuan yang sama bagi berhubung dengan kerajaan dan agensi lain untuk rancangan yang berfaedah bagi memajukan bidang agama, pelajaran, pembangunan, ekonomi, sosial, kerohanian dan lain-lain.
(4) Mengemaskinikan segala usaha dan gerak langkah dalam bentuk jangka pendek dan jangka panjang sehingga ke peringkat memiliki hartanah, bangunan dan sebagainya.
(5) Mengusahakan dan membangunkan aktiviti yang berprestij, global dan menekankan kaedah-kaedah terkini serta kehendak semasa.
(6) Membantu Sekolah Rendah Islam Al-Qari dari sudut pembangunan keilmuan, kepakaran dan fizikal.
(7) Menambahkan tabung kewangan dengan cara yang tidak bercanggah dengan undang-undang. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Persatuan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Persatuan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Persatuan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persatuan ini.