Dimaklumkan tarikh tutup muat naik video pertandingan adalah pada 23 SEPTEMBER 2021.Sila isi borang di pautan mengikut acara yang disertai
Syarat -syarat khusus bagi setiap pertandingan boleh di muat turun pada pautan acara. Klik pada pautan acara dan pilih acara yang dikehendaki.
Dimaklumkan tarikh tutup pendaftaran pertandingan adalah pada 12 SEPTEMBER 2021. Bagi urusan pendaftaran, sila isikan borang pendaftaran yang disediakan di pautan Pendaftaran .Harap maklum.
Borang Pengesahan Pendaftaran boleh dimuat turun pada pautan Pengesahan Penyertaan dan perlu dimuat naik pada pautan yang sama bermula 20 SEPTEMBER 2021
Antara matlamat penganjuran pertandingan adalah berupaya memberi impak dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti serta menghargai bahasa dan seni budaya Melayu di negara kita
Selain itu dapat membantu KPM dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Penganjuran pertandingan seumpama ini juga diharapkan dapat mewarnai kegemilangan warisan kebudayaan dan kesenian Melayu dalam kalangan warga Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik di seluruh negara, tanpa mengira bangsa,etnik mahupun agama
Program Perbengkelan Apresiasi Seni Bahasa dan Budaya Melayu diadakan bagi mengalakkan pertumbuhan dan perkembangan aktiviti seni budaya di peringkat Kolej Vokasional melalui kerjasama yang berkesan daripada pemain-pemain industri seni budaya di seluruh negara. Program ini juga dapat mewujudkan perasaan bangga dan cintakan bahasa dan budaya Melayu dalam kalangan pelajar-pelajar Kolej Vokasional dan SMT dan mampu menyemarakkan bakat dan minat pelajar Kolej Vokasional dan SMT dalam seni budaya sebagai kerjaya lepas pengajian.
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL