PANITIA / PERSATUAN PENDIDIKAN
ISLAM
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI PAGI
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI PAGI
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI PAGI
TAHUN 2023/2024
Panitia mata pelajaran adalah sebuah organisasi ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar matapelajaran yang sama. Organisasi ini dikendali dan diurus oleh seorang guru kanan mata pelajaran/ ketua bidang/ ketua unit yang dilantik oleh pengetua/ guru besar sebagai ketua (penyelaras) panitia di sekolah itu.
Merancang, mengelola, menggerak dan menilai aktiviti-aktiviti untuk kemajuan kurikulum di sekolah itu.
Meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif secara berpasukan.
Bertukar-bertukar pengalaman dan kepakaran dengan lain-lain panitia di sekolah atau di sekolah-sekolah lain.
Menyelenggara fail-fail panitia, semua minit mesyuarat, surat menyurat, rekod-rekod, pekeliling, laporan aktiviti dan lain-lain yang berkaitan.
Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran dan keperibadian serta pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara kearah mencapai kebaikan dunia dan akhirat.
Menghasilkan murid yang berilmu, beriman, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah
Berusaha memastikan setiap aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat dan memberi kesan yang baik kepada murid Islam
Membentuk Akhlak mulia dan terpuji.
Meningkatkan bacaan Al-Quran di kalangan murid-murid.
Menambah minat dan kefahaman murid-murid terhadap kepentingan penghayatan Islam.
Murid-murid mengetahui dan mengamalkan kewajipan terhadap Allah seperti Solat Lima Waktu, Puasa dan lain-lain.
Menggalakkan murid membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran.
Memupuk sikap dan semangat kerjasama.
KLIK DI SINI UNTUK KE HALAMAN SETERUSNYA