Laman ini mengandungi bahan panduan PdP KSSM Sains, Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan serta video penerangan bagi panduan tersebut.
Bahagian Pembangunan Kurikulum telah menghasilkan Panduan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi mata pelajaran Sains, Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan sebagai bahan sokongan bagi pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Bahan ini boleh digunakan sebagai panduan dan pencetus idea kepada guru dalam merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang menarik dan berkesan.
Panduan PdP bagi mata pelajaran Sains, Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan boleh didapati dan dimuat turun dari laman sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti pada pautan di bawah: