George Crowley

Encik George Crowley, 82 tahun, dari Sydney, Australia yang menghadiahkan buku Haji’s Book of Malayan Nursery Rhymes (1939) kepada Bahagian Malaysiana dan Arkib, Perpustakaan Hamzah Sendut, USM. Encik Crowley merupakan jiran kepada A.W. Hamilton dan buku ini dihadiahkan oleh A.W. Hamilton kepada Encik Crowley pada tahun 1941, pada hari lahirnya yang ke-3.

SUMBER: George Crowley, Sydney, Australia.


Pertemuan dan sumbangan bahan nadir dari koleksi persendirian Encik George Crowley dari Australia bersama Dr. Haslina Haroon dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusian dan wakil PHS yang diwakili oleh Puan Siti Fatimah Hashim, Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Radia Banu Jan Mohamad, Pustakawan Kanan, Ketua Bahagian Malaysiana dan Arkib serta Pustakawan Malaysiana dan Arkib di Hotel Eastern & Oriental Pulau Pinang pada 8 Ogos 2018.