Pallet Pine Terengganu (PPT) ditubuhkan pada 2015 hasil dari minat yang mendalam pada pembuatan perabot custom. Kami juga membekal kayu pine pelbagai saiz, kayu getah, OSB Board dan banyak lagi dengan harga yang sangat berpatutan. Kini kami mempunyai bengkel perabot yang besar dengan kelengkapan mesin yang serba canggih dan beberapa orang kakitangan mahir yang dapat menjalankan tugas dengan baik. Sehingga kini produk keluaran kami berada hampir seluruh Malaysia hasil tempahan para pelanggan kami. Di PPT, kami mempunyai kepakaran dan kelayakan dalam bidang Interior Design dan Furniture Design, sinonim dengan tagline kami "Custom by Designer". Jadi sudah pasti segala aspek seperti design, ukuran, scheme color dan lain- lain sangat dititikberatkan dalam pembuatan setiap perabot demi kepuasan para pelanggan.