Persatuan Penduduk P9 Blu Residences telah ditubuhkan secara rasmi dan diluluskan pada 3 Oktober 2023 dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bermatlamat untuk melindungi kepentingan penduduk mengenai sebarang bentuk harta benda persendirian dan kegunaan bersama di kawasan kediaman dan mewujudkan komuniti yang bersefahaman, hormat-menghormati, harmoni dan aman damai di kalangan penduduk kawasan kediaman.
Nombor Pendaftaran Persatuan: PPM-023-10-03102023
Pada 9 Mac 2024, telah diadakan Mesyuarat Agung kali Pertama bagi pemilihan Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatan Kuasa persatuan. Mesyuarat Agung ini telah dijalankan seperti butiran di bawah:
Lokasi : Basketball Court P9 Blu Residences
Masa : 8.30PM - 11.45PM
Berikut merupakan Laporan Minit Mesyuarat Agung (P9BR AGM-01)
Genap 7 hari selepas AGM-01 dilakukan, Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa pula diadakan pada 15 Mac 2024. Antara agenda mesyuarat ialah:
Membincangkan perkara-perkara dasar dan hala tuju Persatuan
Membuat perancangan dan pelaksanaan aktiviti bagi Tahun 2024
Meluluskan kemasukan ahli baru
Membahagikan tugasan mengikut Biro.
Biro yang diwujudkan:
Biro Keselamatan (En. Amir)
Biro Kebajikan dan Hal Ehwal Penduduk (En. Fariz)
Biro Ekonomi (Mr.Lew Shann Tin)
Biro Perhubungan Awam & Sosial (En. Nazri)
Biro Kerohanian (En. Fathi)
Biro Hal Ehwal Wanita (Pn. Azimah)
Biro Kebersihan, Kesihatan & Alam Sekitar (En. Taufik)
Biro Pendidikan & Perpaduan (Ms.Amy)
Biro Sukan & Rekreasi (En. Ridzwan)
Biro Teknikal & Multimedia (En. Firdaus)
Berikut merupakan Carta Organisasi bagi Ahli Jawatan Kuasa untuk sesi 2024/2025.
Bagi mereka yang belum mendaftar sebagai ahli persatuan, boleh mengisi borang di bawah dan hantar melalui emel persatuan p9.bluresidences@gmail.com
Banyak keistimewaan yang anda akan dapat jika menjadi ahli persatuan, antaranya ialah:
mendapat stiker kenderaan
suara setiap ahli memiliki kepentingan yang sama
penglibatan dalam aktiviti yang melibatkan ahli persatuan
Selamat datang ke komuniti P9 Blu Residences !
Untuk sertai Whatsapp Group komuniti P9BR, anda diminta untuk daftar butiran unit melalui form di bawah.
Kemaskini senarai phone number akan dibuat dari semasa ke semasa, sekiranya nombor telefon anda tidak didaftarkan bersama unit rumah, nombor tersebut akan di remove dari Whatsapp Group untuk mengelakkan sebarang info keselamatan penduduk terdedah kepada orang luar.
(Guarded Scheme Community)
Berikut merupakan kemaskini gerak kerja yang telah dilaksanakan oleh pihak RA untuk mendapatkan kelulusan bagi permohonan skim komuniti berpagar P9BR:
Mesyuarat antara pihak Setia dan residen (Setia & RA)
Permohonan atas talian melalui sistem RoS (RA)
Borang Semakan Permohonan (RA)
Surat Permohonan Rasmi (RA)
Surat Persetujuan 75% penduduk (Setia)
Salinan Pendaftaran Persatuan (RA)
Maklumat Bayaran Bulanan (RA)
Pelan Lokasi Tapak Pondok Pengawal (Setia)
Dimaklumkan bahawa semua gerak kerja dari pihak RA untuk proses ini telah selesai.
Bagi tindakan selanjutnya, pihak Setia akan mengemukakan permohonan kepada MPKj:
Permohonan Pendudukan Sementara (TOL)
Pelan Pembangunan Pondok Pengawal
Proses pembinaan pondok pengawal (2nd quarter 2025)
Untuk pengetahuan penduduk, sepanjang proses permohonan Setia kepada MPKj adalah di luar kawalan RA bagi sebarang tindakan untuk mempercepatkan proses pembinaan pondok pengawal.
Walaubagaimanapun, pihak RA akan mendapatkan info progress pembinaan dari pihak Setia pada setiap suku tahunan dan akan kemaskini info kepada penduduk melalui ruangan ini.