ORIENT SECURITY SERVICES SDN BHD adalah sebuah entiti perniagaan dalam bidang perkhidmatan keselamatan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (No : 915678 – K) pada 23 September 2010 dan mendapat Akaun Pendaftaran Kontraktor dari Kementerian Kewangan ( 357 - 02206411 ) pada 12 Julai 2013.
Syarikat milik penuh bumiputera ini diterajui oleh bekas Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia yang di antara lain semasa perkhidmatan terlibat secara terus Dalam bdang pengurusan keselamatan.Mereka mempunyai kelayakan,pengalaman & kepakaran yang kredibel khususnya dalam bidang keselamatan fizikal, kepolisan, penyiasatan, pengendalian keselamatan elektronik dan perisikan.
Di peringkat pengurusan pula adalah terdiri dari mereka yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam Pasukan Keselamatan, khususnya Angkatan Tentera Malaysia, manakala di peringkat dalam Pasukan Keselamatan atau yang dipilih khas dari mereka yang telah memenuhi kiteria sebagai seorang pengawal kawalan keselamatan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
ORIENT SECURITY SERVICES SDN BHD adalah juga terdiri dari barisan staf yang berpengalaman dan terlibat secara terus dalam pembangunan laihan dan kejurulatihan dalm bidang keselamatan termasuk bidang seni mempertahankan diri semasa dalam perkhidmatan Pasukan Keselamatan.
ORIENT SECURITY SERVICES SDN BHD adalah komited untuk memberi perkhidmatan kejurulatihan yang memenuhi syarat yang ditetapkan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Syarikat merancang untuk membina sebuah pusat latihan keselamatan yang holistik dan bertaraf antarabangsa dan sekali gus menjadi tempat rujukan dalam hal-hal pengurusan keselamatan.
W A W A S A N
Sebagai sebuah organisasi perkhidmatan keselamatan yang profesional dan berintegriti.
M I S I
Memberi perkhidmatan keselamatan dan kejurulatihan yang profisyen, efisyen dan sentiasa komited.
M A T L A M A T
Sistem Operasi:
Mengamalkan prosedur kawalan dan penguatkuasaan yang bersistematik dan langkah-langkah pencegahan yang berkesan dan terancang.
Sumber Manusia:
Menjana sumber manusia yang professional, berintegriti dan sentiasa komited.
Latihan:
Membina Rancangan Pembangunan Latihan yang berupaya meningkatkan prestasi tugas dan kredibel dan menjadi pusat latihan perkhidmatan keselamatan yang unggul dan menjadi pakar rujukan.
Logistik:
Mempertingkatkan keupayaan melalui perolehan dan pengurusan aset secara optimum dan terancang serta pembangunan infrastruktur secara gradual dan efisyen serta berdaya saing.
Organisasi:
Membina organisasi yang seimbang, lengkap serta moden dan berupaya melaksanakan tugas dengan efisyen yang berorientasikan kepuasan pelanggan.
M O T O
PROFESIONAL & BERINTEGRITI