Keperluan negara untuk melahirkan modal insan yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi, berkeperibadian mulia dan setia serta sayang akan negara menjadi cabaran kepada sistem pendidikan MRSM. Oleh itu, sebagai langkah awal, MARA melalui Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPM) telah memperkenalkan model Kurikulum Tereza di MRSM iaitu satu program khas untuk pelajar Tingkatan 1. Program yang komprehensif yang dihasilkan ini dinamakan program MyGift@1 (MARA Youth Gifted and Talented Programme).
Pelaksanaan Progran MyGift@1 ini juga selaras dengan Nilai Teras MRSM iaitu Nilai Saintifik , Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik ( Sikap ) untuk diterapkan kepada semua pelajar. Pada masa yang sama penerapan budaya usahawan dapat diperkukuhkan. Diharapkan penerapan budaya usahawan ini dapat membentuk pelajar yang cekap mengesan peluang dan sumber yang ada serta bersedia berhadapan dengan risiko disamping mempunyai sikap proaktif, komited,tekal dan cekal.Penguasaan kemahiran komunikasi dan Bahasa Inggeris yang baik dikalangan pelajar juga diharapkan dapat memantapkan penguasaan pelajar dalam pembelajaran.
Bermula tahun 2026, slot MyGIFT@1 bagi Kemahiran Asas Matematik, telah ditambah baik dengan modul bijak sifir dan olimpiad Matematik . Olimpiad Matematik diperkenalkan sebelum sesi akademik dilaksanakan bagi mengesan bakat awal pelajar yang berpotensi dalam olimpiad Matematik. Pelajar akan bersama guru MRSM masing-masing dalam sesi slot 1 jam dalam bidang nombor teori dan algebra asas. Selepas itu, ujian pengesanan dilakukan selama 1 jam dimana guru-guru MRSM juga yang diberi kepercayaan bagi menanda kertas yang dijawab oleh pelajar.