Ada 7 persoalan pokok yang akan kita bincang dalam topik ini.
Sebelum kita bercerita lanjut mari kita kenal pasti apa itu offshore dan onshore.
Pekerjaan Offshore adalah yang terkait dengan bangunan atau struktur yang di bangun di atas laut dengan kedalaman tertentu sebagai penopang kegiatan umumnya untuk proses eksplorasi dan eksploitasi Minyak dan Gas Bumi. Contoh pekerjaan offshore ini adalah rig, sumur bor lepas pantai.
Pekerjaan onshore pula yang terkait dengan bangunan atau struktur yang di bangun di daratan (mulai dari pantai) dengan sebagai penopang kegiatan proses eksplorasi dan eksploitasi umumnya untuk Minyak dan Gas Bumi. Contoh pekerjaan onshore ini adalah rig, sumur bor minyak maupun gas bumi di daratan.
Mari kita soroti persoalan utama topik ini, iaitu perbezaan offshore dan onshore:
- Lifestyle Adakah anda semua tahu tentang jadual atau waktu kerja di ‘offshore’? Kebanyakan oil companies mengamalkan 2 minggu kerja/2 minggu ‘off’ atau 4 minggu kerja/ 4minggu ‘off’ dan sebagainya. Bayangkan anda di lautan selama 4 minggu. Kerja pula ikut shift, biasanya 1 shift 12 jam. Kalau projek yang mengambil masa berminggu, berbulan lebih lama lah dia perlu berada di laut. Pehh..sabar jelakan. Tapi, bayarannya lumayan lah. Hehe. Kalau kerja onshore tak adalah berat seperti offshore. Biasanya kerja hari isnin hingga jumaat. Ada juga yang kerja ikut rotation dan shif 12 jam especially di plant yang beroperasi 24 jam. Kerja rotation 4 hari kerja, 3 hari cuti. Apa macam????
- Jobscope Depends pada Jobscope. Onshore dan offshore sama jer.Contoh kerja bahagian instrument, kena handle pressure transmitter, gas detector. Same equipment sahaja di onshore dan offshore. Inspector API atau IECEx juga sebenarnya sama sahaja jobscope. Inspect equipment dalam plant dan platform. Apa beza dia? satu dekat laut dan satu lagi dekat darat. Itu sahajaUnless kerja seperti well services mostly offshore sebab service itu hanya untuk upstream activities.
- Makanan Okay, ini part paling best. Sudah tentulah best dia dekat onshore sebab ada banyak restoran pilihan (eh?). Offshore pula ada 1 sahaja tempat makan. Dan memang standard disediakan pada semua staf secara percuma. Ya, percuma. Percuma pun best juga kan? Biasanya makanan disediakan 5 kali sehari di pelantar minyak. Sebab itu orang kata kalau pegi offshore ni memang senang naik berat badan.
- Keselamatan Bagi saya, sama ada Onshore atau Offshore, kedua-dua ada risiko bahaya yang sama. Jika anda tonton CSA Safety Video on Major Accidents, Filem ‘Deepwater Horizon’, pelbagai risiko yang perlu hadapi. Kejadian boleh jadi sebab salah kerja oleh contractor, keputusan yang salah dibuat untuk setiap kerja, Equipment yang tidak ada buat maintenance. Semua diambil kira dan boleh bawa kemalangan jika tidak dijaga. Anything can go wrong. Samada kita yang buat silap atau orang lain. Satu benda yang memang beza bab keselamatan ialah di onshore lebih senang nak escape. Naik kereta ke atau ambulance or bomba boleh datang. Kalau kat Offshore? Mana mau lari?
- Keluarga Kebanyakkan kita membesar dengan komunikasi yang mudah sama ada melalui mobile phones atau internet. Tapi, sekiranya anda mula menceburi bidang ‘oil&gas’ ni, anda kena mula menyesuaikan diri untuk tidak menggunakan kemudahan telekomunikasi tersebut. Untuk menghubungi keluarga mahupun sahabat tidak semudah di ‘onshore’. Maka benda-benda seperti inilah yang menguji anda terutamanya yang berkeluarga dan yang ada girlfriend. Untuk anda yang masih lagi bujang pastinya tiada masalah untuk pergi ke laut selama mungkin. Untuk yang dah kawin, di awal ke laut 2-3 bulan tidak rasa apa pun. Segalanya jadi lain setelah berkahwin dan mempunyai anak.
- gaji kerja offshore memang tinggi. Ada macam-macam bentuk gaji, elaun dan bonus Biasa kalau kerja dekat site akan dapat elaun. Onshore Rate lebih rendah daripada Elaun Offshore. Misalnya Onshore RM50-RM80 sehari. Kalau Offshore RM180-300 sehari. Macamana nak kira gaji dengan elaun ni simple je Gaji Basic + Allowance kita dapat bila gi Offshore Misalnya basic Graduate kerja Oil and Gas dapat RM3k dan ke atas. Pastu Biasanya bila kerja offshore biasa seminggu atau lebih. so kalau elaun sehari RM200 x 7 hari = RM1,400 dah extra elaun dapat plus Gaji Basic. Kalau kerja bahagian Well Services, syarikat ada juga bagi elaun extra kalau dapat siapkan Projek Diberi. Elaun diberi dalam 1% daripada total amount kos projek. Misalnya projek paling kecil sejumlah RM100,000. Siap projek dapat 1% x RM100,000, dapat RM1,000. Elaun ni nama dia job bonus.
- Job Security Point ni bukan nak takutkan pada mereka yang nak kerja offshore, tapi untuk beri peringatan supaya berhati-hati dan bersedia. Sememangnya bila nampak bab duit bila kerja offshore ni rasa best dan rasa memang konfem tak pandang dah kerja lain. Namun, anda kena sedar, job security untuk kerjaya Offshore lagi tak secure. Chance untuk VSS (Dibuang Kerja) lebih tinggi berbanding kerja Onshore. Hal ini kerana, profit dan keuntungan kerja Offshore sangat dekat dengan Harga Minyak Semasa. Harga Minyak jatuh, syarikat rugi dan tak dapat projek. Bila takde untung, kena buang orang kecuali yang talented sahaja. So kesimpulannya Kerja Offshore tak semestinya lebih hebat daripada Onshore atau sebaliknya. 2-2 ada pro and con Kalau nak kerja Offshore, 1st thing korang kena buat ialah cari company yg buat kerja dekat offshore. As simple as that. Bagi saya, orang muda kalau ada rezeki untuk explore kerja di Offshore, pergilah kerana kita tak perlu rasa rugi. Masa muda ni la nak explore Kalau dah berkeluarga tu, especially dah ada anak kecil, saya bukan tak nak recommend tapi mostly saya jumpa kenalan yang kerja offshore, mereka tak bahagia bila tinggalkan anak dan bini. So in the end, anda da besar dan matang. Buatlah keputusan terbaik untuk career dan keluarga.