Galeri Event 2023Â
Tarikh : 8 Mac 2023
Anjuran : NikoyamafiaÂ
Tarikh : 15 Mac 2023
Anjuran : Zuonzz
Tarikh : 15 Mac 2023
Anjuran : ItsFahrin
Tarikh : 19 Mac 2023
Anjuran : OfficialRobloxMalaysia
Tarikh : 12 Mei 2023
Anjuran : OfficialRobloxMalaysia
Tarikh : 15 Disember 2023
Anjuran : Horangi99
Berkuat kuasa 1 Jun ini , Roblox Studio akan mengemaskan permainan video terutamanya buat Game Developers. Dalam update-nya di DevForum , "Kami melancarkan iklan video supaya lebih ramai pengiklan boleh membeli format iklan dan penerbit iklan ini — pencipta yang memasukkan unit pengiklanan dalam pengalaman Roblox mereka" petikan dari update Roblox. Dengan adanya Iklan berbentuk Video , pemain boleh meletakkan Video Iklan dalam permainan mereka bagi mengiklankan sesuatu , yang mungkin dibayar atau promosikan diri sendiri. Untuk menjadi salah seorang penerbit Iklan , terdapat beberapa syarat yang ditetapkan oleh roblox sendiri iaitu ; akaun penerbit mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan disahkan ID, berkuat kuasa pada 1 Jun.
( 2/5/2024 )
Baru baru ini , MYSverse telah memuatnaik satu berita di Discord miliknya. Berita baik tersebut dikongsi oleh salah seorang 'Admin' server tersebut , yan3321. Beliau telah menghantar sebuah link berkaitan Game yang akan keluar sempena Hari Raya Aidilfitri , April ini. Game 'Rumaah' ini akan menjadi Versi ke-3 game ini dan akan terdapat April , tahun ini. Game ini akan menjadi tumpuan pemain apabila MYSverse menyatakan bahawa pemain boleh menyambut , beriadah , dan berseronok bersama rakan secara Virtual! Ini dapat memeriahkan lagi masa lapang sepanjang Bulan Syawal nanti! Jumpa anda April ini !
( 23/3/2024 )
Credit : MYSverse
Discord bakal menambah 2 aplikasi untuk dijadikan Profile Connections seperti Youtube, Steam, Spotify dan lain-lain. Berdasarkan laman profil @DiscordPreviews pagi tadi , 2 aplikasi yang dinyatakan mereka adalah Roblox dan Bungie! Selain daripada itu , tiada lagi info tentang bila perkara ini bakal terdapat di aplikasi Discord itu.
( 9/3/2024 )
Baru-baru ini , MYSverse memuat naik sebuah foto yang memaparkan poster berkaitan 'hint' sebuah game yang bakal dilancarkan tahun ini. Kata MYSverse di posting tersebut , "Memperkenalkan 'Daerah' - pelarian anda seterusnya dalam metaverse. Akan datang pada tahun 2024, pengalaman MYSverse ini menjemput anda untuk berehat di sepanjang pantai maya kami yang tenang". Selain daripada itu , tiada info lebih lanjut tentang game ini. Sama sama kita nantikan info lebih mendalam daripada pihak MYSverse sendiri!
( 21/2/2024 )
Berdasarkan statement Roblox Rasmi , Semua iklan yang terdapat pada Home Page akaun anda akan hilang mulai 27 Februari ini. Pelbagai jenis iklan yang kita dapat lihat selama ini akan hilang termasuk di HopePage Web. Antara faktor-faktor Roblox berbuat sedemikian adalah kerana , Iklan berunsur Negatif , mempromosikan judi , unsur 18+ , dan link 'scammer'. Ini adalah langkah bijak dari Roblox untuk buang perkara tersebut daripada terus berleluasa.
( 13/2/2024 )
Malaysia Airlines telah dipilih developer game 'Project Flight' untuk menjadi profil kepada game mereka. Malaysia Airlines dalam gambar tersebut menggunakan livery Negaraku yang memaparkan bendara Malaysia di Badan pesawat tersebut. Tulisan 'Malaysia Airlines' juga tidak terkecuali dan jelas terpapar pada gambar tersebut. Sebagai rakyat malaysia , siapa tak bangga tengok bendera negara sendiri di game antarabangsa kan..?!
( 8/2/2024 )
Beberapa Hari yang lalu , Iman Taqiuddin ada memuat naik sebuah foto berserta teks "15 Days To Go". Selepas itu , hangat di kalangan netizen apa yang dimaksudkan.. Kahwin ? Jawapanya Ya, Gameonzz ( Iman Taqiuddin ) kini sah bergelar seorang Suami. Beliau juga ada memuatnaik gambar bersama Isteri di Media Sosial baru baru ini. Tahniah kami ucapkan. Semoga Hubungan anda berdua kekal hingga ke Jannah Insyallah..
( 4/2/2024 )
Pada 27 Januari lalu , Roblox telah mengumumkan kolaberasinya bersama syarikat automotif gergasi Itali , Lamborghini. Roblox telah memuat naik sebuah video yang memaparkan video tentang kenderaan - kenderaan Lamborghini berlumba di sebuah bandar. Video tersebut telah dimuat naik di Instagram milik Roblox dan meraih lebih 41,000 likes. Dalam pada itu , Roblox juga menyatakan bahawa terdapat kenderaan baharu jenis EV iaitu Lamborghini Lanzador!
( 1/2/2024 )
Merafak Sembah & Setinggi-tinggi Tahniah duacapkan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. Selamat Menjalankan tugas , Tuanku. Semoga diberi kesihatan yang baik sepanjang 5 tahun bertugas. DAULAT TUANKU. DAULAT TUANKU. DAULAT TUANKU.
( 1/2/2024 )
Beberapa jam yang lalu , Youtuber terkenal Malaysia Syafiq Aiman telah memuat naik sebuah video di story IG miliknya dengan caption 'Dinner w/GTA fam'. Seperti yang diketahui pengikut , beliau amat terkenal dengan gameplay bersama Danielzombie dan semestinya Danielzombie adalah sebahagian dari GTA fam tersebut. Namun , status kelibatnya itu tidak diberitahu oleh Syafiq Aiman sendiri.. Tetapi kemungkinan itu sangatlah tinggi.
( 28/12/2023 )
"Baru-baru ini admin (Xlyin3) telah mengumumkan untuk mengadakan sembang langsung atau Podcast mengenai isu semasa dan spontan bersama Pengguna atau Youtuber Roblox Malaysia. Namun status berkenaan masih belum rasmi. Admin ( Xlyin3 ) masih menanti youtuber dan pengguna yang setuju untuk menyertai program ini. Mungkin akan ada info-info terkini , dan lebih terperinci dari admin sendiri. Sama-sama kita nantikan."
( 26/12/2023 )
"Roblox semakin MEMBOSANKAN! - Pengguna Roblox. Roblox mungkin menghadapi cabaran untuk mengekalkan daya tarikan yang kukuh menjelang tahun 2024. Walaupun populariti permainan ini yang tidak dapat dinafikan, beberapa pengguna mungkin menganggap bahawa kurangnya inovasi dan variasi dalam pengalaman bermain boleh menyebabkan kebosanan. Dengan persaingan yang semakin sengit dalam industri permainan dalam talian, Roblox dan Developers perlu terus berusaha untuk mengekalkan kepelbagaian kandungan serta menyediakan fitur yang lebih menarik bagi memastikan kelestarian tarikh luput popularitinya. "
( 25/12/2023 )
"Saya sangat bersyukur atas sokongan anda semua! Terima kasih untuk menjadi sebahagian dari komuniti ini. Kini kita sudah mencapai 800 pengikut di Instagram, dan saya sangat menghargai setiap sokongan dan interaksi anda semua. Kami akan terus menjalankan tugas kami sebagai laman berita buat komuniti Roblox Malaysia ini. Terima kasih juga untuk setiap like, komen, dan sokongan yang anda berikan! Teruskan menyokong!"
( 24/12/2023 )
"Selamat Hari Natal dan Tahun Baru 2024 kepada semua yang merayakannya! Semoga kebahagiaan dan kedamaian menyertai setiap langkah kita. Semoga tahun baru membawa kesuksesan, kesejahteraan, dan peluang baru. Sambutlah tahun yang penuh dengan cinta dan harapan ini dengan kegembiraan dan semangat yang membara. Terima kasih atas kenangan-kenangan indah di tahun yang berlalu, dan mari kita sambut masa depan dengan penuh semangat! 🎄🎉"
( 24/12/2023 )
"Dengan gembira, kami ingin mengumumkan pelancaran Roblox Motorsport Malaysia, sebuah organisasi yang menyatukan para pecinta motorsport di platform Roblox. Kami berkomitmen untuk menyediakan pengalaman unik melalui acara, pertandingan, dan komunikasi yang dinamik. Ayuh sertai kami menjayakan pelbagai program , majlis , pertandingan , pertunjukan dan sebagainya.. Hanya di Roblox Motosport Malaysia!"
( 20/12/2023 )
"Walaupun admin tidak berada di sini sepanjang majlis , admin tetap ingin berterima kasih kepada penganjur iaitu , @horangi99 kerana menjemput admin ke majlisnya semalam. Admin akan simpan gambar ini sebagai kenangan dan salah satu memori keluarga Roblox Malaysia tahun ini."
( 16/12/2023 )
"Kejayaan Mechamato mencapai lebih 3 Juta pengunjung adalah satu pencapaian membanggakan bagi animasi Malaysia. Keunikan dan kreativiti dalam siri ini telah mencuri hati penonton di seluruh dunia, membuktikan bahawa industri animasi tempatan mampu bersaing secara global. Kejayaan Mechamato tidak hanya membanggakan pencipta, tetapi juga rakyat Malaysia yang berbangga melihat karya tempatan memperoleh pengiktirafan antarabangsa. Animasi ini semakin membuktikan potensi dan bakat kreatif Malaysia dalam persada global. "
( 19/12/2023 )
All Right Reserve - © OfficialRobloxMalaysia