Lensa multifokal adalah jenis lense yang direka khas untuk membolehkan pemakai melihat dengan jelas pada pelbagai jarak jauh dan dekat tanpa perlu menukar cermin mata. Lensa ini mempunyai beberapa kawasan dengan kekuatan optik yang berbeza iaitu jarak jauh, jarak sederhana dan jarak dekat
Lense dengan perlindungan UV biru adalah jenis lensa yang direka untuk mengurangkan jumlah cahaya biru dan sinar ultraviolet (UV) yang masuk ke mata.
photochromic adalah jenis lensa yang berubah warna secara automatik mengikut intensiti cahaya. Lense ini gelap apabila terdedah kepada cahaya matahari atau UV, memberikan perlindungan daripada sinaran matahari dan mengurangkan silau.
Lense Drive Night adalah jenis lense yang direka khas untuk meningkatkan penglihatan dan keselamatan semasa memandu pada waktu malam. Lense ini biasanya dilengkapi dengan teknologi yang mengurangkan silau daripada lampu depan kenderaan dan sumber cahaya lain yang boleh mengganggu penglihatan malam
Kenapa perlu menukar Cermin mata kalau nak tengok jauh atau dekat ? Kalau dah boleh dapatkan 3 jarak dalam satu masa.
Kawasan Jauh: Untuk melihat objek pada jarak jauh, seperti ketika memandu atau menonton televisyen.
Kawasan Sederhana: Untuk melihat jarak sederhana, seperti membaca papan tanda atau melihat telefon.
Kawasan Dekat: Untuk melihat objek pada jarak dekat, seperti membaca buku atau bekerja di komputer.