Panduan Lengkap Membeli Rumah
Panduan Lengkap Membeli Rumah
Nak beli rumah pertama kali? Kadang-kadang nampak rumit, tapi kalau ikut langkah yang betul, prosesnya jadi lebih mudah. Saya kongsikan panduan ringkas ini supaya anda lebih bersedia sebelum membuat keputusan besar.
1️⃣ Semak Dulu Kewangan Anda
➡️ Bank akan kira berdasarkan Debt Service Ratio (DSR) – iaitu nisbah pendapatan dengan hutang.
👉 Contoh mudah: Jika gaji bersih RM3,000 sebulan, anda biasanya layak untuk rumah sekitar RM250K – RM300K (bergantung pada hutang sedia ada).💡 Tip: Dapatkan nasihat banker atau ejen hartanah untuk tahu kelayakan sebenar. Jangan main agak-agak.
2️⃣ Sediakan Deposit Awal
Kebiasaannya perlu 10% daripada harga rumah.
👉 Harga rumah RM300K = Deposit RM30K.
💡 Info: Ada pemaju tawarkan skim deposit rendah atau rebat khas. Jadi jangan terus risau jika tak cukup tunai, bincang dulu dengan ejen anda.
3️⃣ Tentukan Lokasi Yang Tepat
Lokasi = Nilai.
✔️ Dekat kerja, sekolah & kedai
✔️ Mudah akses highway / tol
✔️ Kawasan selamat & ada kemudahan awam
4️⃣ Ambil Kira Kos Sampingan
Selain deposit, ada kos lain yang perlu disediakan:
Yuran guaman & perjanjian
Duti setem pindah milik
Laporan penilaian bank
💡 Anggaran: 5–7% daripada harga rumah.
5️⃣ Jangka Masa Proses
Biasanya proses ambil masa 3 – 6 bulan.
Faktor yang melambatkan: dokumen tak lengkap, bank ambil masa luluskan pinjaman, atau isu pada geran rumah.
6️⃣ Pilih Bank Dengan Bijak
Jangan terima tawaran pertama terus. Bandingkan dulu:
✔️ Kadar faedah
✔️ Tempoh pinjaman
✔️ Pakej tambahan (MRTA/MRTT)
💡 Perbezaan kecil pada faedah boleh jimat beribu ringgit sepanjang pinjaman!
7️⃣ Rumah Pertama = Tapak Permulaan
Ramai pembeli silap – terus nak rumah besar & mewah.
Sebenarnya:
✔️ Pilih rumah ikut kemampuan dulu
✔️ Fokus keperluan asas – nanti bila kewangan stabil, boleh upgrade
8️⃣ Jaga Rekod Kredit Anda
Bank suka peminjam yang ada rekod bersih.
✔️ Bayar hutang tepat masa
✔️ Jangan tunggak kad kredit
✔️ Pastikan CCRIS & CTOS clear
9️⃣ Ejen Hartanah Berdaftar = Penyelamat
Jangan buat sorang-sorang.
Dengan ejen berdaftar:
✔️ Proses lebih selamat & telus
✔️ Dokumen & prosedur diuruskan dengan betul
✔️ Dapat akses lebih banyak listing rumah
💡 Pastikan ejen ada No. REN / PEA sah – boleh semak di laman rasmi LPPEH
FAQ Ringkas
Kalau tiada slip gaji, boleh beli rumah?
✔️ Boleh – guna penyata bank atau dokumen lain sebagai bukti pendapatan.
Apa perlu periksa bila tengok rumah?
✔️ Struktur & keadaan rumah
✔️ Paip & elektrik
✔️ Kawasan sekitar (banjir, keselamatan, jiran)
🌟 Kesimpulan
Beli rumah bukan mustahil walaupun nampak mencabar. Dengan ilmu, perancangan & bimbingan ejen berdaftar, prosesnya jadi lebih teratur dan selamat.
“Rumah pertama bukan sekadar pelaburan, tapi permulaan membina kehidupan.”