INTRODUCTION
Sepanjang 8 bulan saya menjalani latihan industri di sebuah syarikat Rise and Win Creative yang merupakan sebuah empat agensi pengiklanan bagi mengiklankan brand business. Sepanjang saya intern disini, syarikat ini bukan sahaja menawarkan servis pengiklanan semata-mata tetapi turut mengendalikan sosial media customer dan strategi dalam pemasaran terhadap brand business customer kepada pelanggan di luar sana. Mereka juga telah menambah pakej dan perkhidmatan baharu.
Pada awalnya, saya ditugaskan untuk create content, menulis caption dan membuat posting di akaun sosial media setiap client yang saya handle. Di samping itu, saya di tugaskan untuk membuat deck idea dan konsep untuk pitching kepada client tentang direction untuk menaikkan brand mereka atau apa-apa permintaan content yang khusus dari mereka. Antara deck yang saya pernah deck adalah untuk client Hayrat dan APM. Saya juga diberikan tugas untuk menulis skrip short drama untuk client AkuSukaKopi dan Vivarix. Selain itu, saya diberikan peluang untuk belajar ilmu pemasaran dan cara menganalisis keberkesanan content yang ada di sosial media.
Antara client yang saya ditugaskan untuk kendalikan adalah Kelab Kopi, AkuSukaKopi, Hayrat, Vivarix dan Espress Talk. Jadi, ia menjadi satu tanggungjawab untuk saya schedule posting setiap bulan dan menulis laporan sosial media bulanan mereka. Di sini, saya sangat berpeluang untuk belajar sesuatu yang baru dari mula-mula saya menjalani internship sehingga ke hari terakhir internship. Banyak pengetahuan dan kemahiran saya dapat dari sini dari staff yang berpengalaman dari syarikat ini.
Di sini juga, saya dapat mempelajari dan meningkatkan lagi kemahiran dalam berkomunikasi. Hal ini kerana, saya sedar bahawa komunikasi sangat penting dalam bidang yang saya sedang ceburi sekarang. Ini dapat membantu saya untuk berinteraksi dengan client demi memenuhi keperluan mereka untuk memasarkan perniagaan mereka.
CONTENT ANALYSIS
Sepanjang internship di sini, telah mengajar dan mencabar diri saya untuk melakukan perkara yang saya tidak pernah lakukan sebelum ini. Di sini merupakan tempat sebenar untuk saya belajar tentang industri ini. Di sini juga dapat membantu saya untuk mengawal dan cara bertingkah laku dengan pelbagai jenis orang yang pernah saya jumpa. Antara tugasan yang pernah saya lakukan dibahagikan mengikut kategori ini :
Brief content, Menulis copywriting & Create preview
Pada awalnya, tugasan ini sangat mencabar bagi saya kerana saya kurang mahir dengan documentation dan pada ketika itu idea saya cukuplah terhad. Saya dikehendaki menulis brief idea untuk buat content sosial media. Pada ketika itu, saya membuat brief idea untuk format video, poster dan motion graphic untuk client AkuSukaKopi dan ThePermanentChoiceBurger. Dari sini, saya dapat belajar setiap content atau poster yang dipaparkan di sosial media sangat memainkan peranan untuk menarik minat pelanggan. Oleh sebab itu, di syarikat ini sangat menekankan untuk menghasilkan content dan poster berserta ayat copywriting yang boleh memberi hook kepada audience untuk singgah ke halaman sosial media tersebut untuk mengambil action seterusnya.
Seterusnya, saya diberikan tugas untuk mengendalikan client daripada NGO iaitu Hayrat Relief Malaysia. Objektif mereka adalah untuk mendapatkan sumbangan Seperti kita sedia maklum bahawa platform sosial media ini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Apa-apa berita atau info kebanyakkan telah dipaparkan di platform sosial media dahulu kemudian ke media televisyen.
Membuat proposal/deck
Sepanjang saya menjalani internship di sini, saya turut di tugaskan untuk menulis proposal untuk 2 client iaitu proposal tentang idea dan konsep untuk video farewell dan proposal social experiment untuk di bentangkan kepada client. Semasa proses melakukan tugasan ini, saya dikehendaki untuk membuat case study dan mencari beberapa rujukan dari brand lain untuk di jadikan contoh dan mengolah dengan idea dan konsep daripada saya untuk dibentangkan kepada client.
Apa yang paling mencabar bagi saya adalah semasa menulis proposal farewell video untuk client APM kerana ketika itu saya dikehendaki untuk menulis dalam bahasa inggeris. Namun, saya dapat selesaikan dengan baik dan client terima idea dan konsep yang dicadangkan oleh saya.
Menulis skrip drama pendek
Semasa menjalani internship di sini, saya diberi peluang untuk menulis skrip drama pendek bagi 2 client. Client pertama adalah AkuSukaKopi dimana saya dikehendaki untuk menulis skrip drama komedi yang berkaitan dengan industri kopi. Saya dikehendaki menulis skrip untuk 4 buah drama pendek setiap bulan. Manakala, client ke-2 adalah Vivarix dimana saya ditugaskan untuk menulis skrip untuk 16 buah drama pendek yang berkaitan dengan kesihatan.
Dengan melakukan tugasan ini, saya dapat menerokai lebih banyak perkara semasa proses menyiapkan skrip ini. Tugasan ini juga dapat membantu saya untuk lebih tahu memasarkan produk tertentu dengan menggunakan plot dan jalan cerita tertentu yang berkaitan dengan produk client.
Planning for monthly schedule posting
Untuk tugasan ini, saya sangat diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk menyusun setiap konten yang perlu di post di media sosial. Pada mulanya, saya membuat postingan setiap hari tetapi selepas membuat analisis dimana saya mendapati bahawa dengan membuat daily posting tidak berkesan. Setelah itu, saya berbincang dengan team dan membuat keputusan untuk membuat postingan dengan hari-hari tertentu.
Sepanjang saya melakukan tugasan ini, ia dapat membantu saya untuk membuat kajian tentang media sosial dengan lebih terperinci tentang hari dan masa yang ramai orang menggunakan media sosial. Dalam melakukan tugasan ini juga telah membuatkan saya sedar tentang pentingnya memilih hari dan masa yang tepat untuk membuat postingan di platform media sosial.
Menulis report bulanan
Pada setiap bulan iaitu di awal bulan, Di syarikat ini telah menetapkan polisi untuk menulis report untuk setiap client. Hal ini bertujuan untuk menganalisis dan mengenal pasti apa yang perlu diperbaiki untuk bulan seterusnya. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melihat performance yang diperolehi setiap postingan yang dibuat pada bulan tersebut.
Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari behaviour media sosial dan ia juga membolehkan saya untuk membuat semakan tentang keberkesan konten yang telah diposting untuk dibuat beberapa penambahbaikan pada bulan seterusnya. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengajar saya untuk menepati masa kerana setiap laporan yang ditulis ini perlu di hantar kepada client tepat pada masanya.
Menghadiri mesyuarat bersama team department
Kami biasanya mengadakan mesyuarat pada setiap minggu untuk membuat perbincangan mingguan. Ketua team kami akan mengulas laporan mingguan KPI kami dan memberi nasihat tentang apa yang perlu diperbaiki untuk minggu seterusnya. Kemudian, kami juga mengadakan sesi perkongsian idea yang boleh membantu kami untuk menambah baik pada minggu seterusnya.
Apa yang saya pelajari semasa tugasan ini ialah pentingnya berkomunikasi dengan rakan sekerja dan dengan client supaya kita dapat mencapai pemahaman yang penuh penuh. Ini membolehkan saya mengelakkan sebarang salah faham atau melakukan kesilapan pada masa hadapan. Ia juga membantu saya dalam meningkatkan kemahiran komunikasi saya dan mempelajari cara untuk menjadi lebih proaktif semasa mesyuarat dalam tetapan kerja sebenar di kemudian hari.
Membuat Voice over
Semasa dua minggu terakhir saya menjalani internship di syarikat ini, ketua team memberi tugasan untuk saya membuat voice over untuk beberapa konten. Dari segi skrip dan cara olahan voice over saya perlu lakukan sendiri.
Untuk tugasan voice over ini sebenarnya amat menyeronokkan dan telah melatih saya untuk mencuba benda baharu.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, sepanjang tempoh saya menjalani internshi ini ia bukan sesuatu yang mudah. Tetapi dengan adanya saya di syarikat ini, ia sangat membantu saya untuk tahu lebih pengetahuan dan cuba pelbagai skill yang belum pernah saya terokai sebelum ini. Pada mulanya, saya agak tertekan dengan pekerjaan yang diberi kerana saya tiada kemahiran yang khusus untuk sesuatu tugasan itu. Namun, lama-kelamaan saya akhirnya dapat melakukan tugasan ini dengan sebaiknya dan dalam masa yang sama, ia dapat mengajar saya tentang kehidupan kerja sebenar.
Saya juga percaya yang saya sangat mudah untuk menyesuaikan diri dalam sesuatu persekitaran kerja dan cepat belajar untuk sesuatu perkara yang baharu. Namun, saya juga dapat mengenal pasti kelemahan yang ada dalam diri saya iaitu saya masih lemah dalam komunikasi terutama di khalayak ramai. Malah, saya juga lemah dalam membuat perancangan dan membuat keputusan yang tanpa perlu berbincang dengan team.
Hasil selepas saya menjalani internship di syarikat ini, saya dapat belajar ilmu baharu dan banyak kebolehan yang dapat saya asah. Selain itu, persekitaran yang sedang saya intern sekarang sangat membantu saya untuk mencuba benda baharu dan membolehkan saya untuk melihat perspektif baharu.