Tauhu Penuh Inti, Penuh Cinta
NTT Crispy ialah jenama homemade dari Ampang yang mengkhusus dalam pembuatan tauhu bergedil sumbat. Produk utama kami, Tauhu Bergedil Frozen dan Goreng, dibuat secara harian menggunakan resepi istimewa dari rumah. Kami pilih bahan segar sahaja — kentang yang dilenyek halus, daging/ayam kisar dimasak rempah, dan disumbat ke dalam tauhu yang digoreng ringan untuk kekalkan bentuk & rasa. Tauhu ini kemudian dibekukan untuk kekal tahan lama tanpa bahan pengawet, dan paling penting — masih rangup bila digoreng, walaupun frozen!
Apa yang buat tauhu kami berbeza?
• Inti penuh sampai ke tepi
• Rasa yang seimbang — tak terlalu pedas, tak terlalu masin
• Kulit tauhu yang tak terlalu keras
• Packaging kemas & sesuai untuk jualan runcit, majlis atau hotel buffet
Kami percaya bahawa walaupun tauhu bergedil ni makanan simple, tapi kalau dibuat dengan ikhlas dan bersih, ia akan jadi hidangan yang disukai ramai.
Hari ini, NTT Crispy bukan saja dibeli oleh pelanggan harian, tapi juga mula menjadi pilihan katering, majlis & bakal disupply ke hotel sekitar Ampang.
Terima kasih kerana menyokong produk kecil dari dapur rumah kami. Semoga satu hari nanti, setiap hotel & majlis akan kenal rasa tauhu bergedil NTT Crispy. 🧡
Ini antara kuantiti dan harga untuk tauhu bergedil frozen dan tauhu bergedil goreng yang kami sediakan .
Tauhu Bergedil Frozen
▪️Saiz: 5pcs, 10pcs, 15pcs, 25pcs
▪️Harga: RM9 - RM45
▪️Tahan 3 - 6 bulan dalam peti beku
▪️Hanya perlu goreng 3 - 5 minit
▪️Inti kentang + tauhu + ayam/daging + rempah khas
Tauhu Bergedil Goreng
▪️Saiz: 5pcs, 10pcs, 15pcs, 20pcs, 25pcs, 30pcs, 40pcs, 50pcs
▪️Harga: RM10 - RM100
▪️Tahan 1 - 2 hari dalam peti biasa
▪️Perlu di goreng bersama telur untuk kerangupan yang luar biasa
▪️Inti kentang + tauhu + ayam/daging + rempah khas