Tarikh: 6 Februari 2021 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Zoom: Butiran Zoom akan diumumkan menerusi Telegram (Nee Soon Link Malay Community) dan Facebook (Nee Soon Link MAEC)
AHMAD ALI BIN MOHAMED YUSOPE
Cikgu Mohammad Farhan telah mengajar selama 12 tahun di sekolah rendah dan peringkat menengah. Beliau merupakan salah seorang Anggota Jawatankuasa Pengelola (AJKP) Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura (KGMS).
Cikgu Farhan merupakan anggota rangkaian M3 di Pasir Ris-Punggol. Beliau pernah menjadi seorang ahli panel dalam forum yang bertajuk “Memanfaatkan Pembelajaran di Rumah (Home Based Learning)” yang dianjurkan oleh Persatuan Rakyat Cawangan Tampines West pada 2020.
Muhammad Shaqeel Bin Jailani
Muhammad Shaqeel berumur 9 tahun, seorang pelajar darjah 4 yang menetap di Yishun. Adik Shaqeel amat meminati bahasa Melayu sejak kecil dan petah berbahasa Melayu baik di sekolah mahupun di rumah.
Pada tahun 2019, Adik Shaqeel diundang oleh Kementerian Pendidikan membuat suatu persembahan lakonan dalam Simposium Bahasa Ibunda. Pada tahun 2020, Adik Shaqeel merupakan pelakon watak utama dalam rancangan kanak-kanak ‘Taman Mini’ terbitan Mini Monsters Ltd untuk MediaCorp Suria.
MOHAMED HIZAMMUDIN BIN MOHAMED YUSOF
Forum akan dipengerusikan oleh Cikgu Mohamed Hizammuddin. Beliau merupakan guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah sejak 2005. Beliau juga merupakan Finalis bagi Anugerah Guru Arif Budiman Kategori Perangsang pada tahun 2012 dan Kategori Teladan pada tahun 2019.
Cikgu Hizam atau nama gelaran 'Abang Z' telah meraih Ijazah Sarjana (Kurikulum dan Pengajaran) daripada Universiti Teknologi Nanyang pada tahun 2020. Beliau amat aktif dalam kegiatan-kegiatan bahasa, sastera dan budaya Melayu.