Jawatankuasa Kegiatan Aktiviti Melayu Nee Soon Link (JKAM NSL)
Nee Soon Link Malay Activity Executive Committee (NSL MAEC)
JKAM NSL atau lebih dikenali sebagai NSL MAEC telah ditubuhkan pada bulan Disember 2020. Penasihat NSL MAEC ialah Encik Derrick Goh Soon Hee, Anggota Parlimen bagi Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC) Nee Soon di Nee Soon Link. Misi kami adalah menggalakkan penduduk Melayu/Islam dalam kawasan Nee Soon Link menyertai kegiatan-kegiatan yang meningkatkan perpaduan, saling hormat-menghormati dan harmoni dengan masyarakat-masyarakat lain.
Matlamat-matlamat kami adalah:
1. menggalakkan silaturahim antara semua penduduk.
2. menyediakan pelantar kegiatan bagi penduduk yang mempunyai sama minat.
3. menyebarluaskan maklumat kepada penduduk untuk peluang menaik taraf pendidikan dan kerjaya.
4. mengajak penduduk menyertai program-program kemasyarakatan.
Kini, NSL MAEC, terdiri daripada 6 orang anggota dari latar belakang yang dinamik. Pengerusi kami ialah Encik Ahmad Ali Bin Mohamed Yusope. Kami mengalu-alukan penduduk Nee Soon Link untuk menyertai NSL MAEC agar sama-sama berkhidmat untuk menambah baik mutu kehidupan kejiranan kita.
IKUTI KAMI DI
FEBRUARI 2021
Forum 3B (Bicara Bela Bahasa) Episod 1
Menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di rumah.
Menerusi kaedah Zoom pada 6 Februari 2021, jam 10.00 pagi.
Berpeluang menangi baucar Popular bernilai $10 dalam segmen 'Siapa Cepat, Dia Dapat'.
NOVEMBER 2020
WOMEN BREAST HEALTH
Webinar dalam bahasa Melayu.
Menerusi kaedah Zoom pada 21 November 2020, jam 11.00 pagi.