Terma dan Syarat berikut perlu dibaca sebelum anda membuat tempahan dan perlu dipatuhi semasa anda menginap di NS Rainbow Cottage
1. NS Rainbow Cottage TIDAK MEMBENARKAN aktiviti-aktiviti yang menyalahi agama Islam dan undang-undang
Malaysia.
2. Mematuhi sop yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dari masa ke semasa
3. Untuk mengelakkan kesulitan, sila semak tarikh anda menyewa ns rainbow cottage adalah betul.
4. Sila tunjukkan Kad Pengenalan untuk pengesahan sekiranya diminta.
5. Bilangan penghuni yang dibenarkan untuk menginap di NS Rainbow Cottage adalah 4 dewasa 2 kanak-kanak per
cottage. RM50 akan dikenakan sekiranya didapati penginap melebihi had yang telah ditetapkan.
6. Aktivi MEMASAK adalah TIDAK DIBENARKAN di dalam cottage KECUALI dengan menggunakan Pakej
sewaan yang disediakan oleh pihak kami..
7. DEPOSIT 100% akan ditolak sekiranya tn/pn membatalkan tempahan yang telah dibuat.
10. Waktu masuk(Check in) bermula jam 3.00 petang, waktu keluar(Check out) sebelum jam 12.00 tengahari.
BAYARAN TAMBAHAN akan dikenakan RM 25.00 bagi setiap jam penambahan waktu.
11. Kawasan dan Peralatan hendaklah dibersihkan setelah digunakan.
12. Tidak Dibenarkan membawa pelawat luar ke dalam kawasan NS Rainbow Cottage. Ini bertujuan untuk menjaga
privasi penginap yang lain.
13. Penggunaan kawasan dan kemudahan di NS Rainbow Cottage adalah untuk penghuni yang berdaftar sahaja.
14. Sekiranya anda didapati MEROKOK di dalam cottage RM50 akan ditolak dari DEPOSIT anda.
Peraturan Keselamatan
1. Pihak kami tidak menyediakan life guard oleh itu sila awasi anak-anak anda semasa aktiviti mandi kolam. Penggunaan
kolam adalah tanggungjawab anda sendiri.
2. Undurkan kenderaan anda dengan berhati-hati. pastikan tiada halangan atau kenderaan atau kanak-kanak dibelakang
kenderaan anda.
3. Peralatan yang dibawa hendaklah dipastikan ianya selamat dan mengikut piawaian yang dibenarkan.
4. Berhati-hati dengan permukaan lantai yang licin. segeralah mengeringkannya dengan mengelap kawasan yang basah.
5. Pastikan item yang ada didalam bilik penginapan digunakan sebagaimana tujuan ia dicipta; contoh kerusi digunakan
untuk duduk, katil dicipta untuk baring atau tidur.
6. Jangan gunakan peralatan elektrik berdekatan dengan paip atau di dalam singki atau di dalam bilik air.
7. Gunakan cerek elekrik yang disediakan dengan pengawasan orang dewasa. berhati-hati dengan air panas. Sila tutup
suis dan tanggalkan plug selepas digunakan.
8. Jangan membakar apa-apa bahan sama ada didalam atau di luar bilik penginapan. Pembakaran terbuka adalah
dilarang sama sekali.
KESELAMATAN HARTA BENDA
1. Pastikan pintu bilik penginapan di kunci setiap kali keluar bilik penginapan.
2. Jangan benarkan orang yang tidak dikenali / bukan ahli keluarga anda atau kumpulan berada di bilik penginapan
semasa ketiadaan anda.
3. Pastikan kenderaan anda dikunci setiap kali ianya ditinggalkan.
4. Pastikan juga tingkap telah dikunci semasa keluar atau di waktu malam untuk tujuan keselamatan.
5. Pastikan barangan berharga diletakkan di tempat yang selamat.
6. Hanya penghuni yang didaftarkan sahaja dibenarkan berada di dalam kawasan cottage. Selain daripada PENGHUNI
COTTAGE adalah TIDAK DIBENARKAN berada dalam kawasan cottage.
TUAN/PUAN ADALAH DIANGGAP BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT YANG KAMI TETAPKAN SEKIRANYA MENERUSKAN URUSAN DENGAN KAMI.
Nasihat-nasihat di atas adalah sebagai peringatan dan panduan dan bukan semestinya bermaksud anda berada di zon tidak selamat. Peringatan- peringatan di atas boleh diguna pakai di kediaman anda sendiri sebagai langkah-langkah keselamatan dan pencegahan. Walau dimana jua anda berada……
utamakan keselamatan