i-Think bermaksud innovative thinking (pemikiran inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid yang kreatif, kritis dan inovatif (Anida Idrus et.al, 2023).
Peta i-Think dipersembahkan dalam lapan bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah diguna pakai dan difahami merentasi kurikulum. Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri.
⚫Peta bulatan digunakan untuk mendefinisikan sesuatu mengikut konteks (Noor Hidayu Mohd Rahim & Yahya Othman, 2016)
⚫Pelajar menyumbang saran idea dan pamerkan pengetahuan sedia ada berkaitan sesatu tajuk dengan memberikan meklumat mengikut konteks.
⚫Langkah membina peta bulatan:
Lukiskan bulatan kecil di bahagian tengah dan tuliskan tajuk atau topik utama di dalamnya.
Lukis pula bulatan yang lebih besar daripada bulatan pertama di sekelilingnya.
Di dalam bulatan besar, tuliskan maklumat berkenaan topik atau tajuk.
⚫Digunakan untuk menerangkan atau memperihal menggunakan adjektif (de Bono, 2017)
⚫Bertujuan untuk memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenal pasti atau menunjukkan kualiti.
⚫Langkah membina peta buih:
Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di dalamnya.
Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi dengan kata adjektif / kata sifat bagi topik tersebut.
Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus.
⚫Digunakan untuk menerangkan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih aspek.
⚫Persamaan antara aspek-aspek tersebut di hubungkan dengan satu buih manakala perbezaan diletakkan dalam buih yang berlainan.
⚫Digunakan untuk menyusun maklumat dengan cara mengklasifikasi atau membahagikan sesuatu perkara mengikut kelas atau kategori. (Nazri Atoh et.al, 2020)
⚫Langkah membina peta pokok::
Tulis tajuk dan topik utama di bahagian atas dan gariskan.
Lukiskan garisan bagi mengasingkan idea utama kepada beberapa bahagian.
Tuliskan tiap kategori pada setiap cabang dan gariskan.
⚫Menurut Haini Shafikah Mohd Shaharudin dan Khalijah Ahmad, peta dakap digunakan untuk menganalisis objek fizikal.
⚫Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek.
⚫Garisan pada bahagian kedua ialah bahagian utama.
⚫Digunakan untuk menunjukkan langkah atau urutan sesuatu proses, kitaran, perkaitan dan urutan sesuatu konsep (Noor Hidayu Mohd Rahim & Yahya Othman, 2016)
⚫Cara membina peta alir:
⚫Menurut Anida Idrus et.al (2023), peta ini digunakan untuk menunjukkan hubungan sebab dan akibat.
⚫Pada sebelah kirinya adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala sebelah kanan pula adalah akibat peristiwa tersebut.
⚫Cara membina peta alir:
⚫Peta ini digunakan untuk mengaplikasi proses analogi dengan menggunakan faktor perhubungan (Rosnidar Mansor et.al, 2015).
⚫Peta Titi membantu menyeraikan beberapa pasangan butiran yang berkaitan antara satu sama lain supaya dapat memahami perkara-perkara di dunia yang mempunyai hubungan yang serupa (analogi).
⚫Cara membina peta titi: