Nizam LM ditubuhkan pada 1 Mac 2019, Nizam LM Enterprise adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan sebagai syarikat yang menjalankan kerja-kerja pencetakan, pengiklanan, rekabentuk grafik, cenderamata dan lain-lain lagi. Kami menampilkan pembaharuan dalam mempersembahkan gaya kreatif dan urban untuk menyebarkan maklumat kepada orang awam melalui media cetak dengan lebih efektif.
Sebagai pembekal yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia. Kami mempunyai kelebihan membekalkan keperluan kepada agensi kerajaan, swasta dan individu. Kini, kami sedang berusaha menaik taraf perkhidmatan syarikat supaya boleh berdaya saing dengan organisasi-organisasi besar yang sedia ada.
Syarikat kami juga dalam usaha meluaskan aktiviti syarikat bersesuian dengan wawasan kami iaitu " Melangkah lebih jauh dalam konteks nasional dan global".