Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Guru Penyelaras NILAM,
Terima kasih SSTP ucapkan untuk pengisian data NILAM Bilangan 2/2022. Pihak SSTP sangat berterima kasih kepada guru-guru yang meluangkan masa untuk meneliti item-item yang perlu diisi menerusi google form yang disediakan.
Ini merupakan hentian sehenti untuk semua keperluan melibatkan DATA NILAM, KEPERLUAN SIJIL NILAM 5 BINTANG DLL untuk kemudahan GPM dan Guru Penyelaras NILAM. Menggunakan satu pusat sehenti untuk memudahkan sekolah mengisi, mengemaskini, menyemak data-data yang diperlukan. Untuk makluman, site ini mengandungi 5 bahagian utama iaitu untuk pengisian DATA NILAM BIL 2/2022 Penyelaras SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH MENENGAH & TINGKATAN 6 dan TEMPLAT PENGISIAN DATA NILAM OFFLINE (MANUAL) yang boleh dimuatturun untuk sekolah-sekolah yang tidak menggunakan aplikasi e-NILAM.
Dipohon kepada Guru Penyelaras NILAM untuk memilih daerah yang betul untuk pengisian data. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau sebarang permasalahan mohon hubungi urus setia menerusi talian 06-6628598.
Sekian terima kasih.
Urus Setia NILAM N9