PERCUMA 10 RESIPI AIR BALANG YANG HOT DAN VIRAL
RESEPI AIR JUS JAMBU BATU🍐
Bahan - Bahan :-
1.Pisau pemotong
2.Penapis
3.Blender/Pengisar
4. 10 biji jambu batu
5. Pewarna Hijau
Cara - cara Penyedian :-
1. Potong kesemua jambu Batu dalam bentuk dadu.Buang biji pada Jambu batu.Kulit tidak perlu dibuang
2.Masukkan jambu batu yang telah dipotong tadi kedalam pengisar. Masukkan Air sehingga penuh kedalam pengisar.Ulang langkah sehingga kesemua jambu batu yang dipotong siap dikisar.
3.Tapis Jambu batu yang telah dikisar tadi jika perlu.
4.Masukkan kesemua Pati jambu batu yang dikisarkan tadi ke dalam Balang Air.Tambahkan Ais Batu.
5.Tambahkan pewarna hijau sehingga mendapat warna yang menarik.
P/S : Segala sukatan terpulang pada size balang yang digunakan.Kuantiti yang diberikan sesuai untuk balang 35 liter
Nak lagi resipi resipi yang boleh di buat untuk jualan air balang ? Ada 25 resipi dan di tambah 6 resipi yang hot yang boleh viral dan buat bisnes anda laris....
Macam mana nak dapatkan nya.... Ha... anda tengok kat sini.....
25 RESIPI DAN 6 RESIPI YANG HOT DAN VIRAL
RESEPI AIR KOPI AIS KAW KAW 🍻
Bahan-bahan:
1. Kopi 500g
2. Susu pekat 7 tin
3. Susu Cair 4 tin
4. 2 liter Air
5. 2 kampit besar Ais Batu
Cara-cara:
Reneh 2 liter air biar mendidih dan tutup api. gunakan 500g sudu serbuk kopi pilihan. Biarkan 3-4 minit. Tapis dan tuang masuk ke dalam balang.
Masukkan susu pekat dan susu cair kedalam Balang dan kacau hingga sebati.
Masukkan 2 kampit Ais Besar Ais Batu dan kacau.
Sedia untuk diminum
Resepi ini sesuai untuk balang 33liter. Segala kuantiti masih boleh diubah mengikut kesesuaian.
Nak lagi resipi resipi yang boleh di buat untuk jualan air balang ? Ada 25 resipi dan di tambah 6 resipi yang hot yang boleh viral dan buat bisnes anda laris....
Macam mana nak dapatkan nya.... Ha... anda tengok kat sini.....
25 RESIPI DAN 6 RESIPI YANG HOT DAN VIRAL
Cara pilih buah mangga yang baik untuk di buat air balang...
Tips 1: Perhatikan warna kulit
Mangga yang sudah matang kebiasaannya mempunyai kulit berwarna kuning terang.
Tips 2: Hidu aroma
Mangga yang matang dan manis mempunyai aroma yang sangat harum, manakala mangga yang dipetik dari pokok sebelum matang tidak mempunyai aroma langsung.
Ada yang nak resipi jus mangga ke...
RESIPI JUS MANGGA
Bahan-bahan:
Mangga masak dalam 4kg (bersamaan 23 biji mangga).
Air yang telah dimasak.
Pewarna oren.
Dua tin susu cair & 4 tin susu pekat.
Cara-cara penyediaan jus mangga:
Kupas mangga masak dan buang bijinya.
Masukkan isi mangga tadi sehingga separuh daripada badan pengisar, kemudian masukkan air masak yang sejuk.
Kisar isi mangga menggunakan pengisar elektrik sehingga larut sekata.
Asingkan hasil kisar ke dalam bekas yang berasingan.
Ulang langkah tadi sehingga isi mangga habis dikisar.
Setelah selesai mengisar mangga, masukkan hasil kisaran tadi ke dalam balang 33 liter.
Masukkan 2 tin susu cair dan 4 tin susu pekat ke dalam balang. Kacau sehingga sekata.
Masukkan 1-2 bag ais ke dalam balang. Kacau sehingga sekata.
Masukkan pewarna oren untuk menaikkan lagi warna air mangga itu. Tips: masukkan pewarna oren setitis kemudian kacau. Ulang langkah ini sehingga warna oren air mangga itu naik.
Sedia untuk dijual.
Nak lagi resipi resipi yang boleh di buat untuk jualan air balang ? Ada 25 resipi dan di tambah 6 resipi yang hot yang boleh viral dan buat bisnes anda laris....
Macam mana nak dapatkan nya.... Ha... anda tengok kat sini.....
25 RESIPI YANG HOT DAN VIRAL
Resipi Air Balang Coconut Shake
Bahan-bahan yang di perlukan :
· Santan kara 1 kotak yg besar
· Susu pekat 6 tin
· Susu cair 2 tin
· Serbuk vanila 15 sudu
· Aisin vanila 1 botol jenama star brand
· Pewarna kuning dalam 1 tutup jenama star brand
· Air putih 4 liter
· Ais beby 2 beg
Cara membuat Coconut Shake:
1. Sediakan blender.
2. Masukan semua bahan-bahan; air kelapa muda, isi buah kelapa, ais krim perisa vanila dan ketulan ais ke dalam blender.
3. Masukkan juga sedikit air gula secukup rasa.
4. Kemudian blend semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
5. Siap sedia dihidang dan diminum.
Nak lagi resipi resipi yang boleh di buat untuk jualan air balang ? Ada 25 resipi dan di tambah 6 resipi yang hot yang boleh viral dan buat bisnes anda laris....
Macam mana nak dapatkan nya.... Ha... anda tengok kat sini.....
25 RESIPI BOLEH NIAGA DAN 6 RESIPI YANG HOT DAN VIRAL
RESIPI AIR LAICI SUSU
Bahan-bahan perlu disediakan untuk menghasilkan air laici bagi balang 24 liter.
Bahan Kuantiti Harga
Laici dalam tin 3 tin
Air Masak 2 liter -
Susu Pekat 1 tin
Susu Cair 2 tin
Langkah-langkah penyediaan:
1. Tuang 2 liter air ke dalam balang 24 liter
2. Tuang 3 tin laici.
3. Tuang 1 tin susu pekat & 2 tin susu cair. Kacau rata.
4. Tuang 1-2 bag ais kiub ke dalam balang.
5. Tambah air 1 liter lagi jika campuran tadi kelihatan pekat.
6. Dah siap
Nota: Tambah air gula berasingan ketika membungkus air
RESIPI AIR MATA KUCHING
Bahan-bahanUntuk Balang Air 33 Liter
½ paket plastik longan kering
1 kg gula merah
Air masak 5.5 liter
3-4 ikat Daun pandan
2-3 biji Buah Lo Han Kuo
Peralatan
Periuk
Tapis Plastik
Langkah 1
1. Pecahkan 2-3 biji buah Lo Han Kuo dan masukkan ke dalam periuk. Air di dalam periuk akan perlahan-lahan bertukar menjadi warna hitam.
2. Sementara menunggu, masukkan 1kg gula merah ke dalam periuk.
3. Masukkan daun pandan ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan air di dalam periuk supaya tidak
meruap dan melimpah keluar.
4. Matikan api apabila air telah mendidih (lebih kurang 20-30 minit).
5. Tapis air mata kucing yang telah masak tadi ke dalam balang.
Langkah 2
1. Di dalam periuk lain, rebus ½ paket longan kering. Rebus hingga longan kering tersebut menjadi
kembang dan air telah mendidih.
2. Tutup api. Tuang longan yang telah kembang beserta air rebusannya ke dalam balang air mata
kucing (step 5).
3. Tambah 1-2 bag ais kiub ke dalam balang.Kacau rata dan sedia untuk dijual.
Dapatkan lagi 25 resipi yang laku keras dan tambahan 6 resipi yang hot dan viral di sini
RESIPI AIR BALANG YANG HOT DAN VIRAL
RESIPI AIR BALANG STRAWBERRY
Bahan-bahan :
1. Serbuk strawberry 1Kg
2. Susu pekat manis 5 tin ( Susu Junjung paling sedap, tapi mahal)
3. Air panas 3L (Untuk bancuhan larut)
4. Ais 1 beg besar
Cara penyediaan :
1. Masukkan air panas 3L
2. Masukkan serbuk strawberry 1kg, bancuh sehingga tiada ketulan
3. Masukkan kesemua susu pekat manis, bancuh hingga sekata
4. Tambah air sedikit demi sedikit, jangan terlalu banyak
5. Ambil sedikit dan letak ke dalam gelas untuk rasa hingga dapat kepuasan yang diinginkan
6. Masukkan ais, jangan sampai tumpah
7. Sedia untuk dijual
*Tips : Letak secubit garam semasa proses nombor 2 jika perlu untuk menambah kesedapan.
Nak lagi 25 resipi dan tambahan 6 resipi yang hot lagi viral.. Boleh lah dapatkan di sini
RESIPI AIR BALANG HOT DAN VIRAL
RESIPI JUS NENAS
Penyediaan ini sesuai untuk balang 33 liter
Bahan - Bahannya:
10 biji Nenas Madu
2 kg Gula Pasir
Air Bertapis secukupnya
Ais batu 2 beg besar
Cara- caranyanya
Masukkan kesemua nenas yang telah dipotong halus ke dalam blender.
Blend sehingga hancur.
Sedia ditapis untuk membuang hampasnya.
Masukkan ais batu dan sedia dijual dan diminum
Nak lagi resipi resipi yang boleh di buat untuk jualan air balang ? Ada 25 resipi dan di tambah 6 resipi yang hot yang boleh viral dan buat bisnes anda laris....
Macam mana nak dapatkan nya.... Ha... anda tengok kat sini....
RESIPI AIR BALANG YANG VIRAL DA N HOT.
RESIPI AIR JAGUNG BALANG
Sediakan 3-4 liter air
½ Botol pati jagung jenama Double Lion 495ml
3 Tin susu pekat jenama Dairy Champ
3 Tin susu cair jenama Dairy Champ
1 sudu kecil pewarna merah
1 sudu kecil perisa jagung
1 Tin sweet corn jenama Ayam Brand
1 Beg ais kiub
2 Sudu garam halus
Cara-cara menyediakannya:-
Masukkan air RO dalam balang air yang berkapasiti 30 liter
Masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau sekejap
Masukkan pati jagung
Masukkan pewarna dan perisa jagung. Kacau sekejap
Masukkan sweet corn
Masukkan garam dan kacau
Masukkan ais kiub 1 beg
Boleh juga diletakkan ais krim Vanilla di atasnya.
Nak lagi 25 resipi dan tambahan 6 resipi yang hot lagi viral.. Boleh lah dapatkan di sini
RESIPI AIR BALANG HOT DAN VIRAL