Laman web ini merupakan projek berkumpulan bagi subjek AK20103 Teknologi Maklumat. Kami dikehendaki untuk membina laman web yang memperkenalkan tempat-tempat menarik di Sabah. Oleh itu, kumpulan kami telah memilih Muzium sebagai tempat menarik untuk dipromosikan.
Ahli kumpulan:
Nisa Amanina Binti Muhammad Faudzi
Siti Nurul Amira Binti Jusri
Nor Suaidah Binti Zainal Abidin
Amirzan Bin Makmut
Nursyazani Shukri
hasil dan impak yang dijangkakan
Mengajak orang ramai untuk melihat Muzium sebagai tempat yang tidak membosankan dan menarik untuk dilawati.
Penonton atau pelancong dapat melihat secara menyeluruh tentang negeri Sabah dari segi sejarahnya, etnik-etnik yang ada serta budaya dan masyarakat di sini.
Sabah dapat dikenali ramai khususnya dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri.
Muzium sabah
Muzium Sabah terletak pada 17 hektar tanah di Bukit Istana Lama di Kota Kinabalu. Di dalam kawasan kompleks ini juga terdapat Bangunan Utama, Pusat Sains dan Pendidikan, Kampung Warisan, Galeri Seni Lukis Sabah dan Muzium Tamadun Islam.
Namun, untuk projek kali ini kami hanya memaparkan apa yang ada di Bangunan Utama Muzium dan juga di Kampung Warisan.
BANGUNAN UTAMA
Di bawah ini adalah gambar-gambar yang diambil semasa melawati bangunan utama Muzium Sabah.
Rangka Tulang Ikan Paus Bryde
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bangunan utama, pelawat dapat melihat fossil ini ditayangkan di bahagian hadapan sekali.
Rangka tulang ikan paus ini juga turut dianugerahkan sijil Malaysia Book of Record sebagai Rangka Tulang Ikan Paus Bryde Terbesar.
KAMPUNG WARISAN
Terdapat sebanyak 26 buah rumah suku kaum di Sabah yang dipamerkan. Antaranya ialah rumah kaum Bajau, Bisaya, Bonggi, Murud, Iranum, Brunei, Cina dan pelbagai lagi etnik yang ada di Negeri Sabah Di Bawah Bayu.
rumah suluk
Di dalam setiap buah rumah suku kaum yang ada, terdapat peniaga yang menjual barangan kraftangan tempatan yang boleh dijadikan cenderahati kenang-kenangan oleh pelawat.
Sedikit rakaman video keadaan di dalam rumah Suluk.
Ini pula rakaman video keadaan di dalam Rumah Bisaya.
Lihat pula keadaan di dalam rumah kaum Iranun ini.
rumah pekebun cina/hakka house
Dah tengok banyak gambar kan?
jom main memory game ni!
kami turut mengunjungi beberapa pameran yang lain, antaranya :
jom saksikan video lawatan kami ke muzium sabah!
diharapkan anda semua dapat memberi maklum balas kepada kami tentang laman web ini.