Nasi Kandar Mydin Ali ialah sebuah kedai makan yang menyajikan nasi kandar asli dengan kuah berempah dan lauk berkualiti di Pekan Lama Ipoh,Perak. Kedai ini dikenali dengan rasa yang konsisten serta harga yang berpatutan.
Nasi Kandar Mydin Ali ditubuhkan dengan matlamat untuk mengekalkan keaslian rasa nasi kandar tradisional. Setiap hidangan dimasak menggunakan resipi tersendiri dan bahan segar setiap hari bagi memastikan kualiti terbaik kepada pelanggan.
Antara menu utama yang menjadi kegemaran pelanggan ialah ayam goreng berempah, kari ayam, kari daging, telur masin,sambal petai udang dan kuah campur istimewa. Kuahnya yang pekat dan berempah menjadikan setiap hidangan lebih menyelerakan.
Alamat: 113, Jalan Bijih Timah, 30000 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 10:30 pagi – 6:30 petang (Setiap hari)
Pelanggan ini telah berkunjung ke kedai nasi kandar mydin ali sejak sebelum kahwin dan sehinga sekarang.
Selain daripada Nasi putih, Nasi Knadar Mydin Ali juga mempunyai Nasi Briyani yang kini ramai minati .
Sambal petai udang menjadi pilihan utama pelanggan di Nasi Kandar Mydin Ali Pekan Lama Ipoh