Antara gadget utama yang digunakan oleh pelajar untuk pembelajaran di rumah adalah telefon pintar. Apps Edu SASEM telah dibangunkan dengan bantuan jawatankuasa Edu SASEM dimana apps ini juga telah dipertandingkan diperingkat kebangsaan. Edu SASEM Mobile Apps telah merangkul Naib Johan diperingkat negeri dan Anugerah perak di peringkat kebangsaan.
Semenjak bermulanya PDPR, penggunaan rakaman video mula menjadi trend baharu pendidikan. Dengan kerjasama Unit Pusat Sumber Sekolah, Studio Al-Khalifah telah dihasilkan untuk menjadi ruangan khas rakaman temuramah, pertandingan, dan juga juga sesi bual bicara.
Untuk meningkatkan penglibatan pelajar di dalam sesi PDPR, kelas secara 'online streaming' telah dijalankan. Penstriman ini mengaplikasikan 'software' OBS untuk menghasilkan 'streaming' yang lebih menarik dan interaktif. Projek kelas secara 'streaming' ini telah dijalankan sebanyak beberapa sesi dan mendapat bantuan guru Bahasa Inggeris yang lain, iaitu Pn. Naziera Hussin dan En. Syamsul Saliman.
Semenjak ditubuhkan, Majalah Al-Khalifah diedarkan kepada pelajar secara bercetak sahaja. Dalam usaha memastikan majalah sekolah dapat diabadikan dan dijadikan kenangan secara berpanjangan, initiatif untuk mendigitalisasikan majalah-majalah edisi terdahulu telah dijalankan. Setelah hampir setahun mengumpulkan karya-karya terdahulu, akhirnya kesemua edisi Majalah Al-Khalifah telah berjaya ditukarkan ke bentuk digital.
You Tube merupakan perkhidmatan penstriman video yang amat popular dikalangan pelajar. Dengan penghasilan video pendidikan di You Tube oleh guru, pelajar dapat mengulangkaji pelajaran secara kendiri. Selain itu, lebih ramai pelajar yang mendapat faedah dari video-video pendidikan tersebut. Kandungan-kandungan di dalam Nash MG You Tube Channel bukan sahaja dihasilkan oleh guru, tetapi ia juga turut dihasilkan dengan kerjasama pelajar-pelajar SM Sains Sembrong.
Untuk menarik minat pelajar di dalam bidang fotografi dan meningkatkan kemahiran fotografi ahli sidang redaksi sekolah, sebuah pertandingan fotografi kreatif telah dijalankan. Pertandingan ini dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan fotografi Sidang Redaksi Al-Khalifah manakala ketetapan tema dan lokasi adalah mengikut kreativi pelajar sendiri. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua kelas tingkatan 1-4 dan mengambil masa sekitar 2 bulan untuk disempurnakan.
Instagram merupakan salah sebuah media sosial yang amat digemari pelajar. Melalui initiatif #idiom, seramai 100 pelajar telah diberikan panduan untuk menghasilkan video pembelajaran mengenai 'idiom' untuk dikongsikan di Instagram. Dengan kelengkapan yang telah disediakan oleh guru, pelajar merancang dan merakam sendiri video bersama rakan. Guru hanya bertindak sebagai pemudahcara di dalam penghasilan karya pelajar.
Sepanjang PKP, pelbagai cabaran dihadapi dan menyebabkan proses penghasilan majalah sekolah tergendala. Untuk mengatasi masalah tersebut, jawatankuasa Sidang Redaksi telah mengambil initiatif untuk menghasilkan majalah secara jarak jauh sepenuhnya buat pertama kali sejak ditubuhkan. Setelah sesi latihan penggunaan sumber digital dilaksanakan, pengumpulan bahan dan penghasilan majalah telah berjalan secara digital sepenuhnya dari rumah.
Untuk memupuk semangat patriotik dan meningkatkan kemahiran digital pelajar, sebuah pertandingan mereka poster digital telah dijalankan dengan kerjasama Panitia Sejarah. Sebelum pertandingan dijalankan, sebuah sesi latihan menggunakan Canva telah dijalankan agar semua pelajar dapat mempelajari kemahiran menghasilkan karya-karya digital dan menyertaan pertandingan ini.
Sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan pelajar-pelajar kelas Bahasa Inggeris untuk menghasilkan karya penulisan Bahasa Inggeris, Creative Writing Competition telah dijalankan. Selain mewajibkan setiap pelajar di dalam kelas untuk menyertai pertandingan ini, ia juga dibuka kepada semua pelajar SM Sains Sembrong.
Untuk meningkatkan keyakinan pelajar untuk bertutur di dalam Bahasa Inggeris dan menggalakkan pelajar untuk membantu rakan-rakan yang lain, projek ini telah dijalankan bersama dengan kelas 5 Al-Ghazali. Kelas ini terdiri dari calon-calon SPM yang mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris yang agak baik dan mereka diamanahkan untuk menjadi pembimbing rakan-rakan lain semasa PDPR.
Sebuah pertandingan pembentangan berbahasa Inggeris telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran bertutur pelajar SM Sains Sembrong. Pertandingan ini dibuka untuk semua pelajar menengah rendah. Pertandingan ini telah dijalankan secara rakaman bersama jawatankuasa khas dan penilaian dijalankan secara berasingan. Hasil rakaman pemenang dikongsikan di laman You Tube sebagai panduan untuk pelajar-pelajar lain.
Sebuah pertandingan pengucapan awam berbahasa Inggeris telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran bertutur pelajar SM Sains Sembrong. Pertandingan ini dibuka untuk semua pelajar menengah rendah. Pertandingan ini telah dijalankan secara rakaman bersama jawatankuasa khas dan penilaian dijalankan secara berasingan. Hasil rakaman pemenang dikongsikan di laman You Tube sebagai panduan untuk pelajar-pelajar lain.
Ia merupakan sebuah usaha untuk meningkatkan keempat-empat kemahiran berbahasa pelajar dengan menggunakan pendekatan Project Based Learning. Topik ini telah dipilih untuk memberikan pelajar peluang untuk mendokumentasikan pengalaman diluar sekolah untuk dikongsikan dengan rakan-rakan yang dikenali di asrama.
Unit ICT dengan kerjasama koperasi dan PIBG telah berjaya memperkenalkan MySASEM E-Wallet di SM Sains Sembrong. Sistem ini merupakan hasil kolaborasi bersama SM Sains Tuanku Jaafar. MySASEM bukan sahaja digunakan untuk pengurusan kewangan, ia juga merupakan sebuah sistem komprehensif yang membantu pengurusan sistem rumah, sumber manusia, sahsiah dan juga akademik pelajar SM Sains Sembrong.
Sebagai salah satu usaha untuk memupuk kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental disamping meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris, sebuah projek yang menggunakan 'Exploratory Learning Method' telah dilaksanakan. Projek ini menekankan kesemua 4 kemahiran bahasa dan telah melibatkan seramai 60 orang pelajar menengah bawah. Selain itu, projek ini juga menekankan penggunaan media digital untuk menghasilkan produk digital yang membantu pembelajaran.
Pembelajaran berterusan di sekolah berasrama merupakan antara punca tekanan yang menyebabkan pelajar kekurangan motivasi untuk belajar. Dengan mengaplikasikan konsep 'Edutainment', sebuah pertandingan Acapella telah dilaksanakan untuk membantu pelajar untuk belajar sambil berhibur. Pertandingan ini telah dibuka kepada semua pelajar SM Sains Sembong dan guru-guru Bahasa Inggeris telah menjadi jurulatih kepada semua kumpulan yang telah dibentuk untuk pertandingan ini.
Exe Jukebox merupakan satu initiatif untuk menghasilkan sebuah suasana yang mampu menggalakkan rasa cinta kepada subjek Bahasa Inggeris. Sebuah television yang dilengkapi sistem 'audio-streaming service' telah diletakkan di laluan pejalan kaki pelajar. Pada waktu rehat, pelajar boleh berehat diruangan yang disediakan sambil berhibur dengan lagu bersama lirik yang telah disediakan. Selain itu, video-video pendidikan turut diselitkan diantara lagu-lagu yang ditayangkan untuk meningkatkan nilai pembelajaran.
Antara matlamat SBP adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berprestasi tinggi. 'The Elites' adalah initiatif untuk membentuk pelajar yang menguasai pembelajaran Bahasa Inggeris sepenuhnya dan mampu membimbing rakan yang lain. Melalui projek ini, pelajar terpilih dilatih sebagai pembantu guru didalam bengkel penguasaan Bahasa Inggeris dan bertindak sebagai fasilitator. Mereka akan ditugaskan untuk turut memberi input sepanjang bengkel agar dapat membentuk keyakinan di dalam penggunaan bahasa.
Dibentuk pada 2019, Produksi Al-Khalifah merupakan sebuah pasukan penerbitan video SM Sains Sembrong yang terdiri dari beberapa orang pelajar yang mempunyai minat yang tinggi dengan bidang perfileman. Sejak ditubuhkah, pasukan ini telah memenangi pelbagai pertandingan berkaitan video di peringkat antarabangsa dan kebangsaan.
Bersempena dengan sambutan hari guru ketika PKP, dimana terdapat pelbagai kekangan untuk dilaksanakan, sebuah video penghargaan telah dihasilkan. Uniknya, video berdurasi 60 saat ini mengandungi ucapan dari 100 orang pelajar SM Sains Sembrong yang berkolaborasi secara sukarela untuk menghasilkan video ucapan penghargaan buat guru-guru mereka. Video ini juga telah dimasukkan didalam Gerakan Masa : Video Klip #TerimaKasihCikgu Negeri Johor.
Sebuah pasukan penghasil animasi telah dibentuk untuk membimbing pelajar-pelajar yang mempunyai minat terhadap bidang tersebut dengan membekalkan kelengkapan dan juga tempat latihan agar mereka dapat mengembangkan bakat yang telah dimiliki. Pasukan animasi SASEM dipelopori oleh Intan Nurfarawardina bersama rakan dan kini telah berkembang ke generasi kedua yang disertai oleh ahli-ahli yang baru sepenuhnya. Sehingga kini, pelbagai pertandingan telah disertai dan mempunyai pencapaian diperingkat negeri.
Sebagai initiatif untuk mengumpulkan guru-guru pakar ICT diseluruh daerah Kluang, sebuah 'group' Telegram khas telah diwujudkan. Sehingga kini, terdapat ramai guru-guru yang mempunyai minat mendalam terhadap pendidikan digital dari pelbagai sekolah di Daerah Kluang telah dikumpulkan. Group ini juga telah mendapat perhatian dari wakil PPD Daerah Kluang.
Tik Tok merupakan antara media sosial pilihan pelajar untuk berhibur. Untuk meningkatkan penglibatan pelajar di dalam pembelajaran luar bilik darjah, sebuah laman untuk mengumpulkan video Tik Tok pendidikan pelajar dan guru-guru SASEM telah disediakan. Pelbagai matapelajaran telah berkerjasama untuk menggalakkan pelajar menghasilkan video-video Tik Tok untuk pendidikan.