Makluman Kepada Semua Peserta Persidangan NAPREC ke-18
Para peserta yang dihormati,
Pihak Sekretariat amat menghargai kehadiran dan penyertaan tuan/puan dalam Persidangan NAPREC ke-18.
Bagi tujuan penambahbaikan penganjuran akan datang, tuan/puan dimohon untuk mengisi borang maklum balas dan penilaian persidangan ini.
Sila imbas Kod QR yang disediakan atau klik pautan di bawah untuk mengakses borang tersebut.
Kerjasama dan pandangan tuan/puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
BORANG PENILAIAN
PERSIDANGAN NAPREC Ke-18
Terima kasih atas penyertaan anda dalam Persidangan ini. Kami berharap agar hasil kajian yang dibentangkan adalah sangat bermanfaat dan memberi maklumat yang berguna. Dalam menilai keberkesanan Persidangan ini dan merancang untuk penganjuran pada masa hadapan, kami amat menghargai penilaian anda terhadap Persidangan ini. Kami memberi jaminan bahawa maklum balas anda akan dirahsiakan.