Pertandingan telah ditutup. Nantikan pengumuman oleh IAU / The competition now closed. Wait for the announcement from IAU.
PENDAHULUAN
Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) melalui kolaborasi bersama IAU EC WG on Exoplanetary System Nomenclature dan IAU Office for Astronomy Outreach, menjemput ahli astronomi professional, ahli astronomi amatur, penggiat astronomi, guru dan murid/pelajar untuk mencadangkan satu nama daripada 20 exoworlds (1 exoplanet + 1 bintang).
Bagaimana untuk menyertai:
Bentuk / Wujudkan satu (1) kumpulan yang terdiri daripada saintis exoplanet atau ahli astronomi profesional, ahli astronomi amatur, penggiat astronomi, guru/ pendidik dan murid/pelajar. Pilih satu (1) sistem exoworld di antara 20 exoworld yang disenaraikan. Cadangkan satu (1) nama untuk exoplanet dan bintang hos untuk sistem tersebut. Kemudian, aturkan sebuah program jangkauan (outreach) untuk mendidik orang awam tentang exoplanet (dan tentang cadangan nama). Kemudian kemukakan cadangan nama berserta aktiviti jangkauan (outreach) yang telah dianjurkan.
Cadangan nama yang dikemukakan akan melalui dua (2) proses pemilihan:
Pertama
Panel kebangsaan yang diketuai oleh IAU National Outreach Coordinator setiap negara akan memilih satu (1) cadangan akhir untuk mewakili negara masing-masing, berserta dua (2) cadangan sandaran (backup) ke pemilihan akhir antarabangsa.
Kedua
Jawatankuasa pemilihan akhir antarabangsa yang terdiri daripada IAU Working Group dan penemu exoplanet akan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh setiap negara dan memilih nama terbaik untuk setiap sistem exoworld. Nama-nama yang terpilih adalah berdasarkan keterangan dan maksud di sebalik nama yang diberikan dan aktiviti jangkauan (outreach) yang dilaksanakan oleh setiap kumpulan.
20 exoworld akhir akan diumumkan dan nama-nama yang berkaitan akan diiktiraf oleh IAU sebagai nama rasmi bagi exoworld tersebut.