JALANAN
JALANAN
Najmi Ikan Segar bermula dari bawah dan secara kecil-kecilan iaitu di jalanan sekitar Taman Kosas, Ampang pada tahun 2020. Sokongan komuniti dan pelanggan tetap menjadi tulang belakang kepada pertumbuhan perniagaan ini.
Mula melebarkan sayap ke kawasan Sungai Buloh pada tahun 2021. Seterusnya, kami mengambil langkah lebih serius dengan menyewa tapak fizikal di Pasar Sungai Buloh di Bandar Baru Sungai Buloh.
Kemudian, pada tahun 2022, kami mengambil satu lagi langkah penting dengan menyewa tapak di Pasar Basah Ampang (Tasik Tambahan). Dengan sokongan dan kepercayaan pelanggan, kami berhasrat untuk terus maju dalam industri ini.