Deposit : RM 200 (untuk "lock" tarikh yang anda kehendaki).
Bayaran penuh hendaklah dibayar satu (1) hari sebelum daftar masuk (tidak termasuk deposit penempahan RM200).
Deposit Penempahan RM200 itu akan bertukar menjadi Deposit Keselamatan bagi menjamin keselamatan dan kebersihan aset-aset homestay semasa tempoh penginapan.
Deposit akan dipulangkan dalam tempoh 1-2 hari selepas tarikh daftar keluar dan selepas pihak pengurusan menyemak kerosakan atau kehilangan kemudahan yang disediakan. Ini juga termasuk kebersihan seluruh rumah selepas check-out.
Deposit akan ditolak mengikut harga yang telah ditetapkan bagi setiap barang dan kemudahan yang rosak atau hilang. Dan jika ia menyebabkan kebersihan, rm100 akan ditolak dari deposit keselamatan.
Deposit juga boleh ditolak untuk peraturan dan syarat yang dilanggar.
Sebarang pertukaran tarikh mesti dilakukan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh tempahan dan ia boleh disahkan hanya dengan menentukan kadar kekosongan unit pada masa itu.
Penukaran tarikh hanya dibenarkan untuk satu kali sahaja.
Sebarang pembatalan tempahan mestilah sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh check-in dan jika kurang daripada 7 hari, deposit tidak akan dipulangkan
(Polisi ini terpaksa dilaksanakan untuk mengurangkan kerugian bagi pihak homestay akibat kehilangan bakal pelanggan yang ingin menginap pada waktu tersebut tetapi tidak berjaya kerana sudah ditempah awal oleh pihak yang ingin membatalkan tempahan di saat-saat akhir.
Masa daftar masuk (check-in) ialah pada pukul 3.00 petang dan masa daftar keluar (Check-out) ialah pada pukul 12.00 tengah hari.
Daftar masuk awal atau daftar keluar lewat akan dikenakan PENALTI sebanyak rm50 untuk setiap satu jam berikutnya dan ini tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan. (untuk menampung kos tambahan elektrik/air).
Jika tetamu ingin mendapatkan masa tambahan untuk daftar masuk awal atau daftar keluar lewat, sila hubungi pihak pengurusan untuk ketetapan lain yang perlu dipersetujui bergantung pada terma dan syarat
Kerjasama tetamu amat dihargai untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan sanitasi untuk menerima tetamu seterusnya.
Kami MENGUTAMAKAN penduduk yang beragama ISLAM yang terdiri daripada keluarga dan pasangan mahram sahaja untuk memastikan kebersihan dan kesucian kawasan ini.
Merokok tidak dibenarkan di dalam premis. Anda dibenarkan merokok di luar rumah dan tempat terbuka sahaja.
Dilarang melakukan perkara maksiat dan juga perkara yang dilarang serta membawa, makan atau minum makanan tidak halal di dalam dan sekitar kawasan homestay.
Tidak dibenarkan melakukan sebarang bentuk kesalahan mengikut undang-undang negara semasa berada di sini. Sekiranya pihak pengurusan menerima aduan dengan bukti, kami akan melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Sila pastikan homestay dalam keadaan bersih dan dalam keadaan asal sebelum meninggalkan kawasan untuk memastikan deposit keselamatan anda dapat dipulangkan.
Dilarang penggunaan bahan yang boleh merosakkan harta benda seperti penggunaan gam, pita , pen atau apa sahaja yang akan menjejaskan keadaan asal homestay.
Kegagalan anda mengekalkan keadaan asal homestay akan membolehkan pihak homestay mengenakan penalti keatas deposit anda atau tuntutan tambahan jika nilai melebihi jumlah deposit.
Tetamu dibenarkan memasak dan BBQ serta menggunakan peralatan dapur yang disediakan tetapi dengan syarat mesti membersihkan dan menyimpan peralatan yang telah digunakan di tempat yang asal.
Caj pembersihan tambahan sebanyak RM100 akan dikenakan (ditolak dari deposit) sekiranya dapur dan BBQ didapati kotor dan tidak dibersihkan.
Penganjuran acara seperti perkahwinan, parti liar atau sebarang acara yang melibatkan jemputan ramai pengunjung tak berdaftar ke homestay adalah tidak dibenarkan.
Pihak homestay menyediakan ruang parkir yang luas untuk sekurang-kurangnya 6 buah kereta.
Sila perlahankan kenderaan di sepanjang laluan masuk ke kawasan homestay kerana kawasan tersebut adalah kawasan berpenduduk dan dikhuatiri anak-anak melintas dan bermain di kawasan jalan.
Keselamatan kenderaan yang diletakkan adalah tanggungjawab anda sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang bentuk kemalangan atau kerugian.
Sepanjang penginapan anda di NadzYan Homestay, keselamatan anda dan keluarga adalah di bawah tanggungjawab sendiri.
Sila berhati-hati dan sentiasa berwaspada terutamanya terhadap kanak-kanak semasa mandi dan juga bermain di sekitar kawasan Homestay.
Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan dan sebarang bentuk kerugian yang berlaku.
Kanak-kanak yang masih memakai lampin pakai buang hendaklah memakai "lampin renang" serta kanak-kanak di bawah umur 10 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa.
Dilarang berlari & menolak di sekitar kawasan kolam, melompat dan melakukan tindakan berbahaya semasa mandi.
Penginap yang menghidap penyakit kulit, penyakit berjangkit atau penyakit telinga atau hidung berbahaya tidak dibenarkan memasuki kawasan kolam.
Dilarang meokok, makan, minum, membawa masuk sabun, syampu atau barang lain yang tidak berkaitan di kawasan kolam.
Sentiasa pastikan kawasan sekitar kolam bersih. Dilarang membuang apa-apa, termasuk cecair, ke dalam kolam.
Dilarang membuang air, hingus, kahak atau meludah di dalam kolam.
Tidak dibenarkan mandi semasa hujan lebat, guruh atau kilat untuk keselamatan anda semua.
Dilarang membawa sebarang jenis haiwan ke dalam kawasan kolam.
Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kecederaan, kemalangan atau kematian pengguna sebelum, semasa dan selepas menggunakan kolam renang ini.