PENGENALAN
Dasar MBMMBI antara bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Di samping itu sebagai bahasa perhubungan utama dunia, Kementerian Pendidikan tidak dapat meminggirkan kepentingan Bahasa Inggeris, jesteru usaha memperkukuh Bahasa Inggeris kerana ia merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
Bahan Digital MBMMBI merupakan satu usaha sokongan yang dilaksanakan oleh KPM dalam membantu usaha ini. Ia bermula sejak tahun 2010 dan sehingga hari ini lebih 20 bahan telah diedarkan untuk kegunaan di sekolah menengah mahupun sekolah rendah mengikut kategori dan tahap tertentu. Ini termasuk pembekalan perisian untuk makmal bahasa di sekolah- sekolah yang terpilih.
OBJEKTIF
KPM turut mengambil inisiatif membekalkan bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong penggunaan buku teks. KPM memastikan murid-murid tidak hanya belajar menggunakan TMK tetapi juga dapat memanfaatkannya secara berkesan untuk meningkatkan pembelajaran mereka. Bahan digital dalam bentuk cakera padat dan perisian kandungan makmal berbentuk dalam talian juga disediakan bagi menjayakan Dasar MBMMBI ini selaras dengan objektif yang terdapat dalam PPPM 2013-2025. Guru dikehendaki menggunakan bahan dan kemudahan yang disediakan secara optimum bagi menarik minat murid untuk mengikuti PdP.