PERHATIAN! Sila gunakan akaun e-mel DELIMa untuk mengakses dokumen-dokumen kualiti SPK. Harap Maklum
Gambar Rajah 1 : Merupakan Fail Induk SPK (Hardcopy) secara Fizikal untuk simpanan semua Pemegang Dokumen Terkawal
SPK adalah singkatan kepada perkataan Sistem Pengurusan Kualiti. SPK merupakan sebuah instrumen standard kualiti yang diguna pakai sebagai panduan dan rujukan bagi KV Likas menjamin kualiti perkhidmatan yang ditawarkannya kepada pemegang taruh yang berkepentingan kepada organisasi KV Likas. Ia merangkumi Proses Kerja, Prosedur, Struktur, Teknikal dan Sumber Manusia.
SPK menyediakan garis panduan yang merangkumi proses-proses kerja dan prosedur standard yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh segenap lapisan kakitangan organisasi terutamanya dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pemegang taruh dan orang awam. Prosedur-prosedur yang dibina adalah mematuhi keperluan standard ISO 9001:2015 namun masih di dalam proses pembangunan dan penambahbaikan secara konsisten dan berterusan.
SPK amat dititikberatkan kerana ia memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan keperluan dan kehendak pemegang taruh dalaman ataupun orang awam sentiasa dipenuhi dengan penekanan kepada keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta sekaligus meningkatkan kepuasan pelanggan. Dengan demikian, produktiviti dan prestasi organisasi secara relatifnya akan meningkat dan segala operasi kerja berjalan dengan lancar.