HEBAHAN MYGOVUC 2.0 OLEH PUSAT PERKHIDMATAN MYGOVUC (MAMPU)
HEBAHAN MYGOVUC 2.0 OLEH PUSAT PERKHIDMATAN MYGOVUC (MAMPU)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’ Sri / Datuk / Dato' / Datin / YBrs. Dr. / Tuan / Puan,
2. Sukacita dimaklumkan, pihak MAMPU sebagai penyedia perkhidmatan MyGovUC akan melaksanakan proses migrasi kepada platform baharu MyGovUC 2.0 bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan sektor awam yang mendukung Pelan Pendigitalan Sektor Awam. Perkhidmatan MyGovUC sedia ada akan tamat pada 31 Disember 2020 dan Warga Kementerian boleh mengakses platform baharu bermula pada 30 Disember 2020.
3. Untuk makluman YBhg. Dato’ Sri / Datuk / Dato' / Datin / YBrs. Dr. / Tuan / Puan perkhidmatan MyGovUC 2.0 akan menggantikan platform Microsoft Exchange kepada platform IceWarp. Antara ciri-ciri perkhidmatan MyGovUC 2.0 adalah penggunaan platform e-mel baharu, Video Conference, Chat (Web Chat / Team Chat) dan perkongsian fail serta pengemaskinian dokumen secara dalam talian.
4. Perkhidmatan MyGovUC sedia ada (termasuk capaian e-mel melalui Microsoft Outlook, webmail (OWA) dan Telefon Pintar) tidak lagi dapat digunakan bermula 1 Januari 2021. Perkhidmatan MyGovUC 2.0 boleh diakses melalui web client dengan menggunakan pelbagai browser pada pelbagai peranti.
5. Sehubungan itu, sebagai langkah persediaan awal, warga Kementerian dimohon untuk melaksanakan perkara-perkara berikut :
i. Mailbox housekeeping (memadamkan e-mel yang tidak penting);
ii. Membuat backup e-mel di komputer pengguna;
iii. Mengambil perhatian mengenai hebahan berkaitan MyGovUC 2.0;
iv. Menyertai pembelajaran dalam talian.
6. Panduan untuk melaksanakan housekeeping e-mel boleh dirujuk kepada pautan berikut :
https://www.mampu.gov.my/ms/component/hwdmediashare/mediaitem/279-video/3330-housekeeping
7. Selain itu, adalah dimaklumkan juga bahawa kata laluan MyGovUC 2.0 adalah tidak sama dengan perkhidmatan MyGovUC sedia ada. Pengguna akan dibekalkan dengan kata laluan sementara melalui e-mel sedia ada dan perlu menukar kata laluan semasa pertama kali log masuk ke platform MyGovUC 2.0.
8. Sekiranya pihak YBhg. Dato’ Sri / Datuk / Dato' / Datin / YBrs. Dr. / Tuan / Puan mempunyai sebarang masalah dan pertanyaan berkaitan perkara ini bolehlah menyalurkan aduan di pautan http://aduanict.kkmm.gov.my atau menghubungi pegawai berikut :
i. Nurul Aini Binti Mat Ali Napiyah – 03-89115034
ii. Mohd Lutfi Bin Lokman – 03-89115025
iii. Mohd Zaim Bin Mahidin – 03-89115050
iv. Muhammad Amirrul Bin Baharuddin – 03-89115009
9. Kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Dato’ Sri / Datuk / Dato' / Datin / YBrs. Dr. / Tuan / Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Cawangan Rangkaian
Bahagian Pengurusan Maklumat
#1 Hebahan MyGovUC 2.0 Teaser
#2 Hebahan Housekeeping
#3 Hebahan Tarikh Migrasi MyGovUC 2.0
#4 Hebahan Migrasi MyGovUC 2.0
#5 Hebahan Meja Bantuan