Selamat Datang
ke Laman MyFurqani
ke Laman MyFurqani
Ummiy (أمي) diambil daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud "buta huruf". Perkataan ini berdasarkan kepada ayat ke 2 surah al-Jumuah. Kaedah ini diadaptasi daripada cara junjungan besar nabi Muhammad SAW menerima wahyu, membaca seterusnya menghafaz ayat-ayat suci al-Quran melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Buta huruf yang dimaksudkan dalam ayat ke 2 surah al-Jumuah itu merujuk kepada nabi Muhammad SAW.
Ketika nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama, Jibril a.s meminta baginda membaca sebanyak tiga kali, namun baginda menjawab "aku tidak pandai membaca" setiap kali diminta untuk membaca. Berdasarkan kepada peristiwa inilah, kaedah ummiy ini diperkenalkan.
Manual Pengguna :
Murid dikehendaki membaca setiap potongan ayat tilawah, ayat hafazan dan hadis bacaan sebanyak tiga kali dalam mengikut bacaan contoh.
Murid dikehendaki mengikut 100 peratus contoh bacaan yang terdapat dalam video seperti tajwid, tempat wakaf dan bacaan secara tadwir (sederhana).
Murid hendaklah mengikut bacaan contoh yang diulang sebanyak tiga kali sehingga ayat tilawah, ayat hafazan dan hadis bacaan selesai dibaca.
Sekiranya bacaan murid masih tidak lancar, murid boleh mengulang langkah ke 2, sehingga bacaan lancar.
Murid hendaklah mengulang proses 1 dan 2 sehinggalah tiga kali.
Bagi ayat hafazan, murid hendaklah memastikan bacaan lancar barulah mula menghafaz ayat.