Soalan Lazim
Jawapan kepada pertanyaan anda
Soalan Lazim
Jawapan kepada pertanyaan anda
Perlu deposit?
Ya, bergantung jenis kereta. Deposit berkisar RM 100 - RM 500 sebagai jaminan. Deposit akan dikembalikan selepas kereta dipulangkan dalam keadaan baik dan tertakluk kepada terma & syarat.
Ada perkhidmatan penghantaran kereta?
Ya, kami menyediakan servis penghantaran ke airport, hotel, atau lokasi lain mengikut kesesuaian anda. Sila hubungi kami terlebih dahulu untuk mengatur masa dan lokasi yang sesuai.
Bayaran macam mana?
Kami terima pelbagai kaedah pembayaran termasuk Cash, Transfer Bank, Online Banking, dan E-wallet. Pilihan yang paling sesuai untuk kemudahan anda.
Adakah pelanggan dari Singapore dan luar negara boleh menyewa kereta?
Ya, pelanggan dari luar negara dialu-alukan untuk menyewa kereta kami. Anda perlu mempunyai lesen memandu yang sah, dokumen pengenalan diri yang lengkap, serta International Driving Permit (IDP) jika diperlukan mengikut negara asal.
Perlu lesen memandu?
Ya, lesen memandu yang sah, masih berkuat kuasa, dan boleh disahkan adalah syarat wajib untuk menyewa kereta. Bagi pelanggan luar negara, International Driving Permit (IDP) mungkin diperlukan mengikut kelayakan lesen negara asal. Lesen dan dokumen berkaitan perlu dibawa semasa proses pengambilan kenderaan.
Bagaimana kaedah pemulangan deposit?
Deposit akan dipulangkan melalui pindahan bank atau kaedah lain yang dipersetujui selepas kenderaan dipulangkan. Kami juga boleh membuat pemulangan ke akaun bank luar negara, namun caj perkhidmatan mungkin dikenakan.
Hubungi Kami
Kami menyediakan pickup sewa kereta Johor Bahru di Senai Airport, JB Sentral dan kawasan sekitar.