Model MyBOT 360o POLYCC dibangunkan sebagai pemantauan menyeluruh keberkesanan aktiviti perkongsian kepakaran yang telah dijalankan oleh politeknik dan kolej komuniti terhadap sekolah yang menyertai kejohanan 17th FIRA Malaysia Cup 2024 dalam kategori MyBOT. Kategori MyBOT mempunyai DUA (2) sub-kategori iaitu MyBOT Tracer dan MyBOT Soccer 2 vs 2 yang boleh disertai oleh pasukan gabungan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah menengah. Selain itu, pelaporan pelaksanaan program kepada KPM membolehkan program ini mendapat pengiktirafan PAJSK peringkat kebangsaan yang memberikan markah merit tambahan kokurikulum kepada pelajar sekolah yang terlibat.
RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI
Model MyBOT 360° dibangunkan sebagai satu kerangka pemantauan berstruktur bagi memastikan pelaksanaan kategori MyBOT dalam Malaysia FIRA Roboworld Cup dilaksanakan secara tersusun, konsisten dan berkualiti. Ini termasuk pemantauan daripada aspek penilaian prestasi dan pencapaian pelajar sekolah serta mentor IPT.
Model pemantauan ini meliputi aspek penyertaan dan pencapaian peserta, kualiti projek robotik yang dihasilkan, pematuhan kepada peraturan pertandingan dan cadangan penambahbaikan. Maklum balas yang diterima akan dianalisis bagi membolehkan pihak penganjur (POLYCC) atau Sekretariat FIRA Malaysia Chapter (Bahagian Kurikulum, JPPKK) menilai keberkesanan impak program terhadap pembangunan kemahiran pelajar.
Matlamat utama pembangunan dan pelaksanaan Model MyBOT 360 POLYCC adalah sebagai satu usaha strategik bagi menyokong pembangunan kompetensi dan kolaborasi rentas sektor antara pelajar IPT, pelajar sekolah, jurulatih dan pengadil pertandingan di dalam penganjuran Malaysia FIRA Roboworld Cup. Inovasi ini dibangunkan bagi membentuk satu ekosistem pembelajaran yang saling melengkapi dan menyeluruh dalam pertandingan robotik di peringkat kebangsaan.
INSTRUMEN PENILAIAN
Instrumen ini dihasilkan bagi mendapatkan maklumbalas secara menyeluruh impak kepada Kejohanan 17th FIRA Malaysia Cup 2024 yang telah berlangsung pada 21 hingga 26 April 2024 di Politeknik Sultan Azlan Shah. Salah satu kategori yang dipertandingkan ialah MyBOT yang merupakan singkatan kepada “My Inspirational Robot”. Kategori ini dipertandingkan bagi menggalakkan budaya perkongsian ilmu dan kepakaran dalam bidang robotik antara pelajar IPT (Politeknik dan Kolej Komuniti) dan pelajar sekolah. Pelajar IPT akan menjadi mentor pelajar sekolah bermula daripada fasa pembinaan robot sehingga fasa akhir ketika robot bertanding dalam acara yang ditetapkan penganjur.
Terdapat 2 sub-kategori yang dipertandingkan dalam kategori MyBOT semasa Kejohanan 17th FIRA Malaysia Cup 2024 iaitu:
1. MyBOT Tracer
2. MyBOT Soccer 2 vs 2
Terdapat 4 kategori responden untuk kajian ini:
1. Pelajar Sekolah
2. Mentor IPT (Pelajar Politeknik / Kolej Komuniti)
3. Coach (Pensyarah POLYCC / Guru Sekolah)
4. Pengadil (JK Teknikal MyBOT
DAPATAN
Dapatan di atas diperolehi menerusi instrumen soal selidik yang telah diedarkan kepada EMPAT (4) kategori responden iaitu Pelajar Sekolah, Mentor IPT (Pelajar Politeknik / Kolej Komuniti), Coach (Pensyarah POLYCC / Guru Sekolah) dan Pengadil (JK Teknikal MyBOT). Berpandukan skor min yang diperolehi, dapat dirumuskan bahawa semua elemen yang terlibat dengan pembangunan robot berpuas hati dengan peranan yang dijalankan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, skor yang agak rendah diperoleh untuk penilaian pengadil terhadap pasukan mungkin disebabkan perbezaan terdapat jurang yang agak ketara antara pasukan terbaik dan pasukan terlemah.