Musolla Ar-Rayyan, Pangsapuri Selangorku Kayangan, merupakan salah sebuah Musolla dibawah Masjid Kariah Bandar Rinching dan telah mendapat kelulusan pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Selangor melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau Negeri Selangor Bil.1/2024 yang bersidang pada 22 Februari 2024 dan menetapkan status bangunan sebagai "Musolla" dengan nombor pendaftaran JAI.SEL.BPM/01/021/7(98).
Â
Musolla ini mula beroperasi pada bulan Disember 2023 melalui Jawatankuasa Penaja yang dilantik melalui persetujuan penduduk yang telah tinggal di Pangsapuri Selangorku Kayangan pada ketika itu, dengan memulakan dengan proses pendaftaran Musolla bersama JAIS dan proses pembukaan akaun Musolla bagi memudahkan dan melancarkan operasi gerak kerja Musolla pada masa akan datang.