Muhammad Victor Kueh Abdullah atau Victor Kueh Jia Ming dilahirkan pada 11 Oktober 2001 di Hospital Sibu, Sarawak. Anak bongsu daripada dua orang adik-beradik ini membesar dalam sebuah keluarga campuran antara Cina (suku Hokkien) dengan suku Melanau Sarawak. Muhammad Victor atau dikenali sebagai Vic ini pernah mendapat pendidikan awalnya di Mukah, Sarawak bermula dengan zaman tadikanya sehingga zamannya ketika bergelar sebagai pelajar Tingkatan Enam. Kemudiannya Vic melanjutkan pendidikan tingginya di sebuah universiti di Kuantan, Pahang Darul Makmur. Vic telah terlibat secara aktif dalam perkongsian ilmu berkaitan sejarah dan ketamadunan, ilmu perbandingan agama (pengkhususan Yahudi, Kristian dan Islam), menyampaikan pendapat tentang isu semasa dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat sehingga hari ini.
Nama penuh : Muhammad Victor Kueh Abdullah @ Victor Kueh Jia Ming
Tarikh dan tempat lahir : 11 Oktober 2001, Hospital Sibu, Sarawak
Bangsa : Cina (Hokkien) + Melanau Sarawak
Pendidikan :
Sekolah Jenis Kebangsaan Chong Boon, Mukah, Sarawak (2007 - 2011)
Sekolah Kebangsaan Kampung Jebungan, Mukah, Sarawak (2012 - 2013)
Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Patrick, Mukah, Sarawak (2014 - 2018) - SPM 2018
Sekolah Menengah Kebangsaan Three Rivers, Mukah, Sarawak (2019 - 2020 + 2021) - STPM 2020 & MUET 2020
Diploma Pengajian Islam (Pengkhususan Bahasa Arab dan Tamadun Islam), Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Kuantan, Pahang Darul Makmur (2022 - 2024)
Minat dan kebolehan :
Membaca bahan-bahan ilmiah (sejarah, politik, perbandingan agama)
Ilmu sejarah dan ketamadunan
Menulis
Suka menyampaikan ilmu kepada orang lain
Ilmu perbandingan agama
Menyampaikan dakwah dan tarbiah
Sukan badminton dan seni mempertahankan diri
Mengetahui isu-isu semasa dan geopolitik dunia
Aktiviti sosial dan kemasyarakatan