TEKNIK MONTAJ & TEKNIK LUKISAN
UNIT 6 : LARIAN RIANG RIA ( POSTER )
UNIT 6 : LARIAN RIANG RIA ( POSTER )
Objektif Pembelajaran:
Mengenal pasti ciri-ciri poster yang berkesan.
Menjelaskan langkah menghasilkan poster menggunakan teknik montaj dan teknik lukisan
Menghasilkan satu poster bertema Larian Riang Ria secara kreatif.
Pengetahuan Kandungan:
Poster: Medium komunikasi visual untuk menyampaikan maklumat/kempen.
Teknik Montaj: Menyusun, memotong dan menampal gambar daripada majalah/kertas untuk membentuk komposisi.
Teknik Lukisan: Melukis dengan pensel warna/krayon untuk melengkapkan poster.
Teknik montaj ialah cara mencipta karya seni dengan menggabungkan gambar daripada pelbagai sumber seperti majalah atau surat khabar. Gambar-gambar ini digunting dan disusun menjadi komposisi baru yang mempunyai maksud tertentu.
Teknik lukisan ialah proses membuat karya seni menggunakan alat seperti pensel, krayon atau pastel untuk menghasilkan garisan, lorekan dan warna di atas kertas. Lukisan boleh bersifat realistik atau imaginasi.
NOTA RINGKAS
Tujuan Gabungan teknik montaj dan lukisan
Menarik perhatian dengan poster yang lebih kreatif dan unik
Menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan mudah difahami
Menambah nilai estetika supaya poster lebih menarik
Meningkatkan kreativiti murid dalam menghasilkan karya seni
Menggunakan gambar sedia ada (montaj) yang digunting dan ditampal pada kertas latar
Ditambah elemen lukisan seperti garisan, warna atau lorekan untuk melengkapkan gambar
Hasil karya nampak lebih menarik, kreatif dan unik
Mewujudkan gabungan imej realistik dan lukisan imaginasi dalam satu komposisi
Membantu menekankan mesej atau tema poster dengan lebih jelas