PEMBUATAN I PEMBAIKAN
MEREALISASIKAN BOT IDAMAN ANDA
PEMBUATAN I PEMBAIKAN
MEREALISASIKAN BOT IDAMAN ANDA
Tentang Kami
Muara Setia Kawan telah ditubuhkan pada 22 Jun 2007 . Asas perniagaan ini adalah perkhidmatan penyewaan bot kepada pemancing sekitar laut di pantai barat dan merangkumi Selat Melaka amnya . Pelbagai jenis bot dari segi saiz dan kuasa kuda disediakan sebagai alternatif kepada pemancing mengikut kemampuan dan kapasiti mereka . Aktiviti penyewaan tidak terhad kepada kaki pancing sahaja malahan badan kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar yang sering membuat penyelidikan , penyelam-penyelam dari serata daerah , pegawai-pegawai penyelidikan dari Universiti tempatan untuk membuat kajian tentang hutan bakau , kelip-kelip dan sebagainya .
Sesuai dengan slogan ' ONE STOP FISHING CENTER ' , Muara Setia Kawan menjadi pusat perhentian bagi segala jenis aktiviti yang berkaitan dengan dunia perairan . Muara Setia Kawan telah membuka sebuah bengkel untuk membina dan membaiki bot dan enjin kepada nelayan di sekitar kampung-kampung berhampiran daerah Manjung , badan-badan kerajaan seperti kastam dan juga syarikat-syarikat swasta . Pada Januari 2014 , Muara Setia Kawan melangkah setapak lagi dalam bidang pembuatan dan penjualan bot-bot fiber beserta GA plan , menerima tempahan custom made ' pontoon-pontoon ' dari fiber dan juga produk tong-tong ikan atau kolam udang berasaskan fiber .
Location : NO 87 Lot 2105 Kampung Sitiawan , 32000 Sitiawan, Perak .
Business Hour : Monday - Saturday ( 8.00 am - 5.00 pm )
Off Day : Sunday
Boleh hubungi : 010-3389050 ( IMRAN )