Semua delegasi dan ahli mesyuarat yang dihormati,
Sebagai penutup Mesyuarat Teknikal Kesihatan Awam Bil.1/2024, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada semua yang menyumbang kepada sesi mesyuarat ini terutamanya Cawangan Perkembangan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, agensi-agensi dalam daerah Bagan Datuk; Masjid Tuminah Hamidi, Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Jabatan Kerja Raya, Jabatan Penerangan dan semua anggota Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Ucapan terima kasih juga kepada YBhg. Dr Feisul Idzwan bin Mustapha, semua pembentang sesi mesyuarat, semua delegasi dan para peserta yang hadir pada hari ini yang menyumbang kepada kelancaran sesi mesyuarat. Slaid pembentangan hari ini tersedia di platform Material untuk rujukan dan pembelajaran berterusan anda.
Kami juga telah menyediakan pautan perkongsian Gambar sepanjang sesi ini. Jangan ragu-ragu untuk memuat turun sebarang gambar dan sorotan anda menggunakan hashtag rasmi #MTKABD2024. Ikuti kami di laman Facebook kami.
Seribu kemaafan dipinta sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan pada pihak penganjur sepanjang mengendalikan mesyuarat kali ini dan sekali lagi, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada MTKA BD 2024. Kami alu-alukan sebarang maklumbalas dan komen dari anda semua. Jumpa lagi di sesi mesyuarat akan datang!
PKD Bagan Datuk