Polis Diraja Malaysia mempunyai 19 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 4 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor Percubaan sehingga Inspektor-Jeneral Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Polis.
Kumpulan Pegawai Kanan Polis terbahagi kepada 2 kelompok di mana pegawai berpangkat Asisten Superintenden Polis ke atas diklasifikasikan sebagai Pegawai Polis Diwartakan manakala Pegawai Polis berpangkat Inspektor Percubaan sehingga Cif Inspektor pula dikenali sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan. Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 4 kumpulan utama, iaitu Pemerintah Tertinggi (DIG - IG), Kumpulan Komisioner (ACP - CP), Kumpulan Superintenden (ASP - SUPT) dan Kumpulan Inspektor (P/INSP - C/INSP).
Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Polis pula bermula dari pangkat Konstabel Polis sehinggalah ke pangkat Sab-Inspektor. Pangkat Koperal Polis sehinggalah ke pangkat Sab-Inspektor Polis juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat.
Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-
Senior Gazetted Commissioner Group
Inspektor-Jeneral Polis (IGP)
Deputi Inspektor-Jeneral Polis (DIG)
Komissioner Polis (CP)
Deputi Komisioner Polis (DCP)
Senior Asisten Komisioner Polis (SAC)
Asisten Komisioner Polis (ACP)
Senior Gazetted Superintendent Group
Superintenden Polis (SUPT)
Deputi Superintenden Polis (DSP)
Asisten Superintenden Polis (ASP)
Senior Non-Gazetted Inspector Group
Cif Inspektor Polis (C/INSP)
Inspektor Polis (INSP)
Inspektor Percubaan Polis (P/INSP)
Pegawai Rendah Polis
Sab-Inspektor (S/INSP)
Sarjan Mejar (SM)
Sarjan (SJN)
Koperal (KPL)
Lans Koperal (L/KPL)
Konstabel Polis (KONST)
Konstabel Percubaan (P/KONST)
Slia klik untuk melihat Lencana Pangkat
-