Branding MRs SuriRumah - Dari Bibir Lekat Di Hati; dimiliki oleh HUSNA SURIRUMAH ENTERPRISE dan sudah didaftarkan di bawah MyIPO.
"Founder" MRs SuriRumah merupakan bekas graduan dari Universiti Sains Malaysia (USM) & Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Ditubuhkan sejak tahun 2011, produk MRs SuriRumah yang utama merangkumi ice cream dan kuih raya. MRs SuriRumah bermula dengan penghasilan kuih raya sejak tahun 2011 dan bergerak aktif dalam menyediakan servis katering ice cream bermula tahun 2018.
MRs SuriRumah bersedia memberikan perkhidmatan di sekitar kawasan Johor Bahru, Kulai, Senai dan Pasir Gudang.
Dengan slogan "Dari Bibir Lekat Di Hati", produk yang dihasilkan adalah dijamin berkualiti dan pasti menjadi kegemaran semua orang di Malaysia.
MISI SYARIKAT
Menjadi syarikat perkhidmatan dan pembekalan produk yang berasaskan produk surirumah.
VISI SYARIKAT
Menawarkan perkhidmatan dan pembekalan produk surirumah kepada semua orang, memberi peluang menjana pendapatan serta memastikan kualiti, harga dan penghantaran produk yang mesra dan cekap.