BUDI HOLISTIC DEVELOPMENT PROGRAMME (BHDP) 2023
28 SEPT - 01 OKT 2023
PENGENALAN
Program Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI) merupakan platform MARA dalam membantu pelajar B40 untuk terus bermotivasi sepanjang di MRSM.
Walaupun pelajar BUDI menempuh pelbagai cabaran, namun terdapat dalam kalangan mereka yang mampu memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Sehubungan dengan itu, BUDI Holistic Development Programme (BHDP) diadakan bertujuan mencungkil potensi diri pelajar dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar BUDI.
OBJEKTIF
Memberi pendedahan kepada pelajar BUDI berkaitan peningkatan dan perkembangan potensi diri yang lebih baik.
Memupuk semangat dan jiwa pelajar yang kental dalam proses kemenjadian pelajar BUDI yang lebih positif untuk bersaing hebat dengan dunia luar.
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi secara berkesan dan keyakinan dalam diri pelajar BUDI.