PENGENALAN

Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) melalui surat bertarikh 24 Februari 2017, telah bersetuju membenarkan penggunaan MARA Ecosystem Quality Standard (MQS) di semua Pusat Pentadbiran MARA. MARA Ecosystem Quality Standard (MQS) merupakan satu inisiatif baru dalam memastikan budaya ini diamalkan di setiap Pusat Pentadbiran MARA seiring dengan penerapan Do-It-Yourself (DIY) dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).


Pendekatan MQS memfokuskan kepada tiga (3) elemen utama, iaitu Budaya Korporat, Persekitaran Kondusif serta Kreatif & Inovasi. Elemen-elemen tersebut dilaksanakan melalui komponen-komponen tersendiri yang berasaskan aspek penilaian Pengurusan Risiko. Antara komponen yang dinilai ialah Maklumat Korporat, Dokumentasi Organisasi, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Keselamatan Perlindungan. Elemen Kreatif & Inovasi pula menitikberatkan pembudayaan, galakan/ sokongan dan impak perkara ini ke atas semua Pusat Pentadbiran MARA.


Elemen dan komponen yang telah dikenalpasti adalah mengutamakan pengurusan persekitaran kerja kondusif supaya sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Seterusnya mampu meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan dalam kalangan warga kerja MARA di pusat dan prestasi MARA keseluruhannya.