Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA sesi 2023/2024 telah mengadakan sambutan Hari Raya peringkat Kampus Besut dengan kerjasama Majlis/Persatuan/Kelab di Kampus Besut pada 16 Mei 2024 bertempat di Bangunan Pentadbiran UniSZA Kampus Besut.
Saudara Amir Zahid Bin Azhar
Saudara Amir Zahid Bin Azhar sebagai wakil Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA sesi 2023/2024 telah memberi perkongsian berkaitan The Role of Technology in Healthcare di peringkat antarabangsa melalui program Symposium Perspective of Leaders of Tomorrow yang dianjurkan oleh pihak Education Malaysia Jordan pada 9 Mei 2024 secara atas talian melalui platform Zoom Online Meeting.
[MPP UniSZA X JKPSRSI Bank Rakyat UUM]
Barisan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2023/2024 akan mengadakan sebuah program kolaborasi Program Kelestarian Organisasi : Membentuk Pemimpin Holistik dan Taktikal pada 25 - 27 April 2024. Program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dan memastikan bahawa perjalanan program berjalan lancar.
Snippet semasa program GE Talk
Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA sesi 2023/2024 dengan kerjasama FALCOM dan UBA telah mengadakan Program GE Talk: Upgrade Diri dalam Menghadapi Dunia Industri pada 23 April 2024 bertempat di Dewan Ibn Khaldun, Foyer Kolej Kediaman Kampus Gong Badak.
[TOWNHALL MPP BERSAMA MAHASISWA UniSZA]
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA telah mengadakan Townhall Majlis Perwakilan Pelajar Bersama Mahasiswa UniSZA pada 30 Mac 2024 bertempat di Dewan Kuliah Utama. Program ini dapat membuka peluang interaksi dan perkongsian dua hala antara mahasiswa UniSZA dan MPP UniSZA.
Snippet suasana rewang di Kampus Besut
Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA telah mengadakan agihan juadah berbuka puasa buat mahasiswa UniSZA Kampus Besut pada 29 Mac 2024 (JUMAAT) pada jam 6:30 Petang bertempat di Perkarangan Surau Ar - Raudah, Kampus Besut.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA sesi 2023/2024 telah mengadakan program Madinah Ramadan : MPP Care Outreach 1.0 sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini.
Snippet semasa program berlangsung
Pihak Azhar Care dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA sesi 23/24 akan mengadakan sesi agihan pek iftar berjumlah 100 bungkusan bagi 100 Mahasiswa UniSZA terawal. Agihan akan bertempat di Pusat Aktiviti Pelajar(PAP) pada jam 6 petang.
Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA telah mengadakan satu program iaitu “RAMADAN ENTREPRENEURS VENTURE 1.0 2024” sempena bulan Ramadan pada 16-25 Mac 2024 bermula jam 4 petang hingga 11 malam bertempat di Pusat Aktiviti Pelajar.
Snippet REV 1.0 2024
Snippet firedrill
Program latihan keselamatan kebakaran (firedrill) telah diadakan pada 10 Mac 2024 dengan kerjasama Majlis Kolej Kediaman (MKK) dan Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA (PPBU) bertempat di Kampus Gong Badak melibatkan mahasiswa lelaki yang menetap di kolej kediaman.
MPP UniSZA di Kampus Besut telah mengadakan Tayangan Skrin Besar Perlawanan Bola Sepak Piala Asia 2023 dan Jualan Pasar Malam di sekitar Dewan Serbaguna UniSZA Kampus Besut dengan kerjasama PMFIK dan PMFBIM pada 25 Januari 2024.
Snippet sekitar program berlangsung
Pada 22 Januari 2024 (Isnin), telah berlangsungnya GLOBAL INTELLECTUAL DISCOURSE (WACANA PEMIKIR GLOBAL) "THE NEXT 100 YEARS: VISION 2100 FOR MALAYSIA". Program ini dirasmikan oleh oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Saraani Mohamad dan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir.
Wakil MPP: Nur Hasya Binti Harun (Presiden MPP), Ahmad Albari Naim bin Lokhman (Timb. Presiden), Syarifah Aina Sabrina Binti Sayed Hassan (Setiausaha Agung), Muhammad Ashraf Bin Mohd Hisham (Bendahari Kehormat) dan Muhammad Ikram Bin Bazurim (Ketua Perhubungan Mahasiswa)
Snippet MPP semasa Watikah Pelantikan
Watikah pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA sesi 2023/2024 telah diadakan pada 8 Januari 2024 iaitu seminggu selepas pembentukan kabinet MPP yang dilaksanakan pada 1 Januari 2024.