Berikut merupakan kenyataan rasmi kesemua 214 MPP UiTM yang berpegang teguh dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Perkara 153). Barisan MPP UiTM menegaskan bahawa kami menyokong agar UiTM kekal kepada status quo mengikut objektif asal penubuhan UiTM untuk memelihara kedudukan istimewa Orang Melayu.
Dengan itu, pelancaran kempen #MahasiswaUiTMBantah akan dijalankan di seluruh cawangan UiTM dari 14 Mei -16 Mei 2024. Kami juga menyeru mahasiswa/i memakai pakaian berwarna hitam pada 16 Mei 2024 (Khamis) dan menyebarkan penggunaan #MahasiswaUiTMBantah bagi membangkang pembukaan UiTM kepada golongan bukan Bumiputera.
Sekian, terima kasih.
“Mahasiswa Perkasa, Aspirasi Bersama”
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Sesi 2023/2024
Adakah anda tahu bahawa PTAR bukan tempat untuk membaca buku sahaja?🤔
Sebenarnya pelbagai lagi aktiviti yang dapat anda jalankan serta banyak lagi kemudahan yang terdapat di dalam PTAR yang belum anda terokai. Seperti menggunakan kemudahan ICT dan banyak lagi !!! 🤩
Oleh itu, marilah datang beramai-ramai bagi memeriahkan program JOM MASUK PTAR yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
TARIKH: 15 MEI 2024
HARI: RABU
MASA: 7:30 AM - 12:00 PM
TEMPAT: PTAR, UiTM SABAH
Mahasiswa/i yang berminat bolehlah membuat pra pendaftaran pada link yang tertera:
🔗https://forms.gle/Brg9KkXPUZPTKAz77
Sehubungan dengan itu, para peserta juga diwajibkan untuk memuat turun aplikasi MOBILE LIBRARY. Kerjasama para peserta amatlah dihargai.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 JPK HAYATUN
📞 MPP NIZAM
Sekian dan harap maklum.
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Sabah akan menganjurkan program LARIAN SUBUH MACAM JUMAAT
Berikut merupakan ketetapan program:
🗓️ Tarikh: 11 Mei 2024 (Sabtu)
🕛 Masa: 4:00 Pagi - 10:00 Pagi
📍 Tempat: Dewan Al-Bukhari & Sekitar Kampus
Sehubungan dengan itu, disertakan pautan Google Form bagi pendaftaran peserta:
🔗 https://forms.gle/K2gmp3nEPH5gRCks7
TURUT DISEDIAKAN :
📌 Pengangkutan bagi pelajar siswi
📌 Makanan
📌 Kupon aktiviti
PESERTA DINASIHATKAN :
📌 Membawa pakaian lebih, air minuman & topi untuk melakukan fun run sekitar kampus
📌 Terbuka kepada 300 peserta terawal sahaja
📌 Pelajar non-muslim boleh mengikuti program ini
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
📞 MPP KEE
📞 SMPP FARHAIN
Sekian dan terima kasih.
”Mahasiswa Perkasa, Aspirasi Bersama”
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Sesi 2023/2024
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Sabah menganjurkan program Spirit Awakening: Explore Towards Excellence dengan kerjasama Unit Kepimpinan Pelajar UiTM Cawangan Sabah.
Berikut merupakan ketetapan program:
🗓️ Tarikh: 05 MEI 2024 (AHAD)
🕥 Masa: 1.00 Petang - 6.00 Petang
📍 Tempat: Dewan Al-Bukhari
Kehadiran bagi pelajar semester 1 dan penerapan semester baharu adalah diwajibkan
Sehubungan dengan itu, disertakan pautan google form bagi penyertaan:
🔗 Link Pendaftaran: https://forms.gle/BC1tFS8BR1foEaRe7
📌 PENGANGKUTAN DISEDIAKAN BAGI SISWI
📌 MAKANAN DISEDIAKAN BAGI PESERTA
Sebarang pertanyaan boleh berhubung :
📞 SMPP THANEA
📞 MPP SYED
Sekian, terima kasih.
”Mahasiswa Perkasa, Aspirasi Bersama”
Yang menjalankan amanah
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Sesi 2023/2024
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi akan menganjurkan Majlis Ramah Mesra Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Warga Pendidikan Tinggi@Sabah yang juga akan berkolaborasi bersama beberapa universiti lain.
Ketetapan program adalah seperti berikut:
🗓 Tarikh: 4 Mei 2024 (Sabtu)
🕛 Masa: 10:00AM - 3:00PM
📍 Lokasi: Dewan Mini Putrajaya, Kota Kinabalu, Sabah
Sehubungan dengan itu, seramai 50 orang mahasiswa UiTM Cawangan Sabah diperlukan bagi memeriahkan karnival ini.
Pelajar yang berminat untuk menyertai karnival ini boleh mengisi Google Form melalui pautan yang berikut:
🔗 https://forms.gle/qhsARzMJaBoHbcnB9
Sebarang pertanyaan, boleh terus berhubung dengan:
📞 MPP FARRA
📞 SMPP RAHIMAH
Sekian, terima kasih.
”Mahasiswa Perkasa, Aspirasi Bersama”
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Sesi 2023/2024
Merujuk kepada perkara di atas, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Cawangan Sabah berinisiatif untuk memberi sumbangan kepada 60 orang pelajar UiTM Cawangan Sabah.
Ketetapan program adalah seperti berikut:
🗓 Tarikh: 25 April 2024 (Khamis)
🕛 Masa: 10:30AM - 12:30PM
📍 Lokasi: Dapur HEP kolej kediaman masing-masing
Sehubungan dengan itu, seramai 20 orang mahasiswa di setiap kolej kediaman yang berminat untuk menerima sumbangan ini dikehendaki untuk mengisi Google Form yang disediakan.
🔗 KOLEJ MANTANANI
https://forms.gle/7tCFLzES32h3NdAr8
🔗 KOLEJ MABUL
https://forms.gle/9FtRahQwHhA3qUpM6
🔗 KOLEJ MANUKAN
https://forms.gle/RCTf2ZRKLYQtUcwK9
Sebarang pertanyaan, boleh terus berhubung dengan:
📞 MPP FARRA
📞 SMPP RAHIMAH
Sekian, terima kasih.
”Mahasiswa Perkasa, Aspirasi Bersama”
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Sesi 2023/2024
Merujuk kepada perkara di atas, barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Sekretariat Sesi 2023/2024 ingin mengingatkan kepada seluruh warga UiTM Cawangan Sabah untuk mengurangkan pendedahan kepada matahari secara langsung sekaligus mengehadkan tempoh berada di luar bangunan.
Bagi pelajar yang berjalan kaki ke Bilik Kuliah Fast Track, anda digalakkan untuk memakai topi atau menggunakan payung supaya dapat melindungi diri daripada cuaca panas dan mengelakkan diri daripada penyakit strok haba akibat panas yang melampau. Pelajar juga diingatkan untuk menggunakan kemudahan bas ataupun van yang telah disediakan untuk menuju ke Bilik Kuliah Fast Track.
Selain itu, pihak kami juga ingin mengingatkan untuk memperbanyakkan minum air kosong supaya dapat mengelakkan dehidrasi. Semua mahasiswa juga diingatkan untuk menjaga tahap kesihatan diri di dalam cuaca panas yang melampau ini.
Sekian dan terima kasih.
” Mahasiswa Perkasa, Aspirasi Bersama ”
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar & Sekretariat
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Sesi 2023/2024
Berikut merupakan tatacara permohonan pelekat kenderaan UiTM. Untuk makluman semua mahasiswa, permohonan pelekat kenderaan UiTM adalah wajib bagi pelajar Non-Residen (NR) yang menggunakan kenderaan sendiri ke UiTM.
Diharapkan agar pelajar yang akan membawa kenderaan ke kampus untuk melakukan permohonan pelekat kenderaan agar tiada berlaku permasalahan di masa hadapan.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:
📞 MPP KEE
📞 SMPP SYUKRI
📞 SMPP SCARLET
Sekian, terima kasih.
”Mahasiswa Perkasa, Aspirasi Bersama”
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Sesi 2023/2024
Merujuk kepada perkara di atas, barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Sekretariat Sesi 2023/2024 ingin mengingatkan kepada seluruh warga UiTM Cawangan Sabah untuk mengurangkan pendedahan kepada matahari secara langsung sekaligus mengehadkan tempoh berada di luar bangunan.
Bagi pelajar yang berjalan kaki ke Bilik Kuliah Fast Track, anda digalakkan untuk memakai topi atau menggunakan payung supaya dapat melindungi diri daripada cuaca panas dan mengelakkan diri daripada penyakit strok haba akibat panas yang melampau. Pelajar juga diingatkan untuk menggunakan kemudahan bas ataupun van yang telah disediakan untuk menuju ke Bilik Kuliah Fast Track.
Selain itu, pihak kami juga ingin mengingatkan untuk memperbanyakkan minum air kosong supaya dapat mengelakkan dehidrasi. Semua mahasiswa juga diingatkan untuk menjaga tahap kesihatan diri di dalam cuaca panas yang melampau ini.
Sekian dan terima kasih.
”Mahasiswa Perkasa, Aspirasi Bersama”
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar & Sekretariat
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Sesi 2023/2024
Merujuk kepada perkara diatas, proses permohonan dan pembelian pelekat kenderaan UiTM bagi tahun 2024 akan dibuka pada 18 Mac 2024 di seluruh kampus UiTM.
Bagi kategori staf, permohonan dan pembayaran boleh dilakukan secara atas talian melalui capaian web https://uaps.uitm.edu.my dengan menggunakan akaun Single Sign On (SSO) UiTM.
Bagi kategori pelajar pula, akses sistem untuk permohonan pelekat kenderaan UiTM tahun 2024 akan dibuka pada 15 April 2024.
Untuk makluman semua, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan dengan pelekat kenderaan UiTM, anda boleh merujuk kepada Pejabat Polis Bantuan UiTM Kampus atau terus berhubung debgan Urusetia e-Pelekat Kenderaan melalui emel.
Mohon diambil perhatian yang sewajarnya dalam penjagaan dan penyelesaian setiap perkara dengan teliti dan cermat. Segala kerjasama amat dihargai.
Sekian dan terima kasih.
”Mahasiswa Perkasa, Aspirasi Bersama.”
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Sesi 2023/2024
Merujuk kepada perkara di atas, pengagihan dan pengaktifan Kad Prihatin Siswa (KPS) RHB akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:
🗓️ Tarikh: 16 - 17 April 2024
🕛 Masa: 9.00 Pagi - 4.00 Petang
📍 Tempat: Dewan Al-Bukhari, Ujana Sarjana
Semua pelajar diwajibkan untuk hadir pada waktu yang telah di tetapkan dengan mematuhi Sahsiah Rupa Diri (SRD).
Pelajar digalakkan untuk memuat turun aplikasi RHB Mobile Banking di telefon bimbit masing-masing sebelum hadir ke lokasi serta membawa KAD PENGENALAN dan KAD MATRIK (jika ada) bagi melancarkan proses pengagihan.
Jika terdapat sebarang persoalan, boleh hubungi:
📞 MPP FARRA
📞 SMPP RAHIMAH
Sekian, terima kasih.
”Mahasiswa Perkasa, Aspirasi Bersama”
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Sesi 2023/2024
Peringatan mesra kepada seluruh warga UiTM Cawangan Sabah untuk sentiasa mengendali peralatan elektrik dengan berhati-hati.
Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan:
1. Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket.
2. Jangan menarik palam daripada soket dengan talinya.
3. Baiki peralatan elektrik yang rosak.
4. Jangan sentuh peralatan elektrik dengan tangan yang basah.
Praktikan amalan mudah ini untuk mengelakkan diri daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
Sekian, terima kasih.
”Mahasiswa Perkasa, Aspirasi Bersama”
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Sesi 2023/2024
Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim Yang Di-Pertuan Agong merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada 23 Mac 2024 Bersamaan 12 Ramadan 1445 Hijrah
Daulat Tuanku.
Sekian, terima kasih.
"Mahasiswa Perkasa, Aspirasi Bersama"
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Sesi 2023/2024
Diriwayatkan daripada Aisyah RA, beliau berkata:
“Nabi Muhammad SAW apabila masuknya sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan) Baginda
akan mengetatkan ikatan di pinggangnya, menghidupkan malam harinya, dan membangunkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).”
Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa dalam hadis di atas, dijelaskan anjuran untuk memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan dan dianjurkan untuk menghidupkan malam-malamnya dengan pelbagai bentuk ibadah. Oleh itu adalah digalakkan untuk kita menghidupkan 10 malam terakhir bulan Ramadan dengan pelbagai ibadah seperti sunah Rasulullah SAW.
Sekian dan terima kasih.
"Mahasiswa Perkasa, Aspirasi Bersama"
Ikhlas daripada,
Exco Pembangunan Mahasiswa, Kerohanian & Kaunseling
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Sesi 2023/2024
Berikut merupakan kenyataan rasmi dari Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Sesi 2023/2024 berkaitan pindaan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) 2023.
Barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM menyambut baik pindaan
AUKU kerana ia boleh dilihat sebagai langkah yang baik dalam menyokong pemerkasaan mahasiswa. Namun begitu, UiTM merupakan institusi yang tidak terikat untuk berfungsi berpandukan dasar AUKU 1971.
Oleh itu, kami juga berpihak menyokong pindaan Akta 173 disegerakan agar gerakan mahasiswa sesuai dengan keupayaan mahasiswa menguruskan kedewasaan dan kematangan diri.
Sekian, terima kasih.
"Mahasiswa Perkasa, Aspirasi Bersama"
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Sesi 2023/2024
Merujuk kepada perkara di atas, berikut merupakan Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Bagi Negeri Sabah Tahun 1445H/2024M yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Kami berharap agar perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh warga UiTM Cawangan Sabah.
Untuk melihat jadual penuh, boleh layari pautan berikut:
🔗 https://www.islam.gov.my/ms/pengumuman/4073-jadual-imsakiah-tahun-1445h-2024
Sekian dan terima kasih.
”Mahasiswa Perkasa, Aspirasi Bersama”
Yang menjalankan amanah,
Exco Pembangunan Mahasiswa, Kerohanian & Kaunseling
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Sesi 2023/2024
Untuk makluman mahasiswa UiTM Cawangan Sabah, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Sabah telah mewujudkan Telegram rasmi yang berfungsi untuk menyalurkan informasi terkini berkaitan kegiatan semasa MPP.
Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa UiTM adalah digalakkan untuk mengikuti Telegram rasmi MPP UiTM Cawangan Sabah agar tidak terlepas info-info penting.
Mahasiswa boleh menyertai saluran Telegram rasmi MPP UiTM Cawangan Sabah dengan mengimbas QR code yang disediakan atau melalui pautan berikut:
Sekian, terima kasih.
“Mahasiswa Perkasa, Aspirasi Bersama"
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Sesi 2023/2024
Barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Sabah Sesi 2023/2024 ingin mengucapkan selamat berjuang kepada semua kontinjen KARiSMA yang mewakili UiTM Cawangan Sabah.
Kami yakin bahawa keazaman dan usaha yang anda tunjukkan akan membuahkan hasil yang cemerlang. Teruskan perjuangan dengan penuh semangat dan kepercayaan diri. Semoga kejayaan menjadi milik anda dan selamat berjaya!
Sekian, terima kasih.
”Mahasiswa Perkasa, Aspirasi Bersama”
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar & Sekretariat
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Sesi 2023/2024
Merujuk kepada perkara di atas, pihak RHB Bank telah menyediakan satu tinjauan berkenaan dengan perkhidmatan RHB dan pengurusan kewangan kepada mahasiswa UiTM Cawangan Sabah.
Tujuan tinjauan ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada mahasiswa UiTM Cawangan Sabah.
Oleh hal yang demikian, barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Sabah ingin meminta kerjasama daripada seluruh mahasiswa UiTM Cawangan Sabah untuk mengisi tinjauan tersebut melalui pautan ataupun kod QR yang telah disediakan:
🔗 Enhance Your Experience with RHB
https://forms.gle/NkZNebBHZhWYhXij8
🔗 University Students’ Financial Literacy Survey
https://forms.gle/znPx5efCPoMdNNzo6
Sekian, terima kasih.
“Mahasiswa Perkasa, Aspirasi Bersama”
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Sesi 2023/2024
ALAMAT
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Sabah,
Kampus Kota Kinabalu,
Beg Berkunci 71,
88997 Kota Kinabalu,
Sabah, MALAYSIA.
© MPP UiTM SABAH 23/24. All rights reserved.