Selaras dengan Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK), sasaran ditumpukan bagi pemberian vaksin dalam kalangan remaja berusia bawah 18 tahun. Pelajar Kolej Vokasional Kuala Selangor boleh mendapatkan vaksin di PPV Stadium Tertutup Kuala Selangor (28 September 2021) atau secara walk in di PPV daerah masing-masing.
Pelajar SVM dan DVM yang telah menerima suntikan pertama dos vaksin COVID-19 akan menerima dos kedua pada :
Tarikh : 19 Oktober 2021
Masa : 02:00PM
PPV : PPV Stadium Tertutup Kuala Selangor
Makluman :
Pelajar yang menerima suntikan selain di PPV Stadium Tertutup Kuala Selangor perlu mengikuti temujanji yang tertera pada aplikasi MySejahtera / vaksincovid.gov.my
Lokasi PPV : Stadium Tertutup Kuala Selangor
Masa : 02:00 PM
Tarikh : 19 Oktober 2021
PPV STADIUM TERTUTUP KUALA SELANGOR
NOTA PENTING :
Borang suntikan vaksin memerlukan dua salinan. Pelajar dan Ibu Bapa WAJIB membawa borang persetujuan ketika hadir / walk in ke PPV.
Surat perwakilan HANYA DIGUNAPAKAI sekiranya Ibu Bapa tidak dapat menemani pelajar ketika hari vaksinasi.
Adakah saya perlu membawa Ibu / Bapa ke PPV untuk tujuan vaksinasi ?
Jawapan : Ya, anda perlu ditemani Ibu atau bapa ke PPV sekiranya anda berumur kurang dari 18 tahun.
Adakah borang persetujuan perlu di isi di PPV atau sebelum ke PPV ?
Jawapan : Anda perlu memuat turun, mencetak dan mengisi borang persetujuan ibu bapa dan surat wakil (jika perlu) sebelum hadir ke PPV.
Boleh saya memilih jenis vaksin ketika berada di PPV ?
Jawapan : Tidak, kerajaan telah mewartakan bahawa pelajar remaja akan menerima vaksin jenis Pfizer.
Adakah saya wajib menerima vaksin ?
Jawapan : Pelajar adalah digalakkan untuk menerima suntikan vaksin bagi memastikan komuniti pelajar yang imun dan sihat.
Bolehkah saya datang awal ke PPV untuk menerima suntikan saya ?
Jawapan : Tidak, sila datang tepat pada masanya. Kegagalan mematuhi masa yang ditetapkan boleh menyukarkan proses pemberian vaksin.
Dokumen apa yang perlu saya sediakan sebelum hadir ke PPV ?
Jawapan : Sila bawa Kad Pengenalan serta dua salinan Borang Persetujuan Ibu Bapa dan Surat Perwakilan sekiranya pelajar ditemani individu selain ibu bapa. Salinan adalah sebanyak 2 helaian.
Laluan mana yang perlu saya ikut ketika sampai di PPV ?
Jawapan : Terdapat laluan yang disediakan khas bagi pelajar yang tersenarai dalam Program Vaksinasi COVID-19 Remaja. Petugas dan sukarelawan di PPV berkenaan akan membantu anda.
Saya tinggal di luar daerah Kuala Selangor, adakah saya perlu ke PPV Stadium Tertutup Kuala Selangor ?
Jawapan : Sekiranya anda jauh dengan PPV Stadium Tertutup Kuala Selangor, anda boleh hadir ke PPV yang menerima temujanji secara "Walk-In" di daerah masing-masing dengan membawa Borang Persetujuan dan Surat Perwakilan Pelajar.
Vaksinator / Petugas meminta saya memberikan Surat Pengesahan Pelajar. Di mana saya boleh mendapatkan surat itu ?
Jawapan : Surat pengesahan pelajar boleh di peroleh dan di keluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Vokasional Kuala Selangor.
Saya tidak dapat menghadirkan diri pada masa yang ditetapkan atas alasan tertentu. Apa yang saya perlu lakukan ?
Jawapan : Anda perlu berhubung dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk tindakan selanjutnya.
Siapa yang boleh mewakilkan Ibu Bapa saya sekiranya Ibu Bapa saya tidak dapat menemani saya pada hari vaksinasi?
Jawapan : Keluarga / Penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mewakilkan pelajar berkenaan dengan syarat melebihi usia 18 tahun dan mempunyai surat perwakilan (2 helai salinan) ketika menghadiri PPV.
Nama saya tidak tersenarai dalam senarai penerima vaksin. Apa yang perlu saya lakukan ?
Jawapan : Sila maklum dan adukan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Saya telah berusia 18 tahun, namun nama saya tiada dalam Senarai tersebut, apa yang perlu saya lakukan ?
Jawapan : Program Vaksinasi COVID-19 Remaja tertumpu kepada pelajar (16-17.5 tahun). Pelajar yang telah cukup umur 18 tahun perlu mendapatkan temu janji melalui aplikasi MySejahtera / vaksincovid.gov.my atau terus ke PPV yang menerima "walk-in".
Bagaimana situasi di PPV Stadium Tertutup Kuala Selangor ?
Jawapan : Situasi di PPV Stadium Tertutup Kuala Selangor berubah dari semasa ke semasa. Anda dinasihatkan untuk memakai pakaian yang selesa, makan/minum secukupnya serta menyediakan kelengkapan diri selengkapnya. Pelajar juga perlu mematuhi dan membawa segala dokumen yang diperlukan bagi mengelakkan berlaku kesesakan di PPV berkenaan.
Adakah prosedur pengambilan vaksin memakan masa yang lama ?
Jawapan : Prosedur pemberian vaksin bergantung kepada kapasiti penerima yang hadir ke PPV Stadium Tertutup Kuala Selangor. Pelajar digalakkan membawa payung, air, roti atau makanan yang berkonsepkan mengalas perut ketika berada di PPV. Pelajar juga dinasihatkan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya dan sihat tubuh badan sebelum hadir ke PPV.
Saya tidak sihat, adakah saya boleh menerima vaksin ?
Jawapan : Tidak, jika pelajar mengalami gejala atau tidak sihat, pelajar tidak dibenarkan hadir ke PPV.
Bagaimana tatacara pemakaian ketika hadir ke PPV ?
Jawapan : Pelajar diminta untuk memakai Baju Sukan Zon Tengah atau Baju Outing (bagi pelajar Kolej Kediaman). Untuk keselesaan pelajar, pelajar digalakkan memakai kasut bercanvas.
Sekiranya saya tidak mempunyai borang PPV, di mana saya boleh mendapatkannya ?
Jawapan : Pelajar boleh memuat turun dan mencetak borang Deklarasi PPV melalui pautan yang disediakan di halaman ini.
(UPDATED : Borang Deklarasi PPV boleh diambil di pejabat Hal Ehwal Pelajar atau bilik Majlis Perwakilan Pelajar sebelum 12 tengah hari.